Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perantara Qatar, Perancis capai perjanjian hantar bantuan ke Gaza

Jan 17, 2024 | 11:47 AM



PARIS: Qatar dan Perancis tampil menjadi perantara perjanjian dengan Israel dan kumpulan Hamas untuk membolehkan pengiriman ubat-ubatan kepada kira-kira 45 tebusan Israel yang masih ditahan kumpulan itu di Gaza sebagai balasan untuk bantuan kemanusiaan dan perubatan untuk penduduk Palestin.


Kedua-dua negara berkata bantuan itu akan berlepas daripada Qatar ke Mesir pada 17 Januari sebelum dibawa merentasi sempadan Rafah.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Encik Majed al-Ansari, berkata dalam satu kenyataan, perjanjian itu bermakna “ubat bersama dengan bantuan kemanusiaan lain akan dihantar kepada orang awam di kawasan yang paling memerlukan bantuan sebagai pertukaran untuk menghantar ubat yang diperlukan tebusan Israel di Gaza”.

Beliau tidak memberikan butiran tentang berapa banyak bantuan atau jenis bantuan yang akan disampaikan kepada orang awam.


Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata dua pesawat Tentera Udara Qatar akan mendarat pada 17 Januari di Mesir dengan ubat-ubatan yang dibeli di Perancis berdasarkan senarai Israel.

Terdahulu, Encik Philippe Lalliot, ketua pusat krisis Kementerian Luar Perancis yang menganjurkan usaha bantuan itu, berkata rundingan telah berlangsung selama berminggu-minggu dan idea awal datang daripada keluarga beberapa tebusan Israel.

Pakej perubatan khusus untuk beberapa bulan itu akan dihantar kepada 45 tebusan. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah akan menyelaras proses penghantaran.

Perancis masih mempunyai tiga warga negara yang ditahan di Gaza, tetapi tiada seorang pun daripada mereka memerlukan ubat yang mendesak, kata Encik Lalliot.

Sementara itu, seorang diplomat yang diberi taklimat mengenai rundingan itu memberitahu agensi berita AFP bahawa perjanjian itu dimeterai selepas lawatan keluarga tebusan yang ditahan di Gaza ke Qatar dan pertemuan dengan Perdana Menteri negara Teluk itu.


Hamas membebaskan puluhan tebusan sebagai pertukaran untuk penduduk Palestin yang ditahan Israel semasa gencatan senjata pada November, yang mana Qatar selaku tuan rumah pejabat politik Hamas, turut berperanan sebagai pengantara.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik John Kirby, berkata beliau berharap rundingan yang membabitkan Qatar sebagai pengantara boleh membawa kepada satu lagi perjanjian sedemikian ‘tidak lama lagi’.


Pada 15 Januari, Israel mengesahkan dua tebusan yang kematian mereka diumumkan oleh Hamas dalam video sudah “dibunuh” di Gaza.


Kibbutz (penempatan) Beeri berkata pihaknya dimaklumkan Yossi Sharabi, 53 tahun, dan Itay Svirsky, 38 tahun, telah “dibunuh” dan mayat mereka berada dalam ‘tahanan’ Hamas.


Sementara itu, kereta kebal Israel telah menyerbu kembali ke bahagian utara Semenanjung Gaza yang mereka tinggalkan minggu lalu, kata penduduk, menghidupkan semula beberapa pertempuran paling sengit sejak Tahun Baru apabila Israel mengumumkan ia mengurangkan operasinya di sana.


Letupan besar boleh dilihat di kawasan utara Gaza dari seberang sempadan dengan Israel - jarang berlaku sejak dua minggu lalu selepas Israel mengumumkan penarikan pasukannya di utara sebagai sebahagian daripada peralihan kepada operasi yang lebih kecil dan disasarkan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >