Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbincangan simbolik bagi Ukraine, Moldova anggotai EU

Jun 25, 2024 | 4:30 PM
Penunjuk perasaan integrasi pro-Eropah menghadiri perhimpunan di Maidan Nezalezhnosti di Dataran Merdeka di tengah Kiev pada 17 Disember 2013.
Penunjuk perasaan integrasi pro-Eropah menghadiri perhimpunan di Maidan Nezalezhnosti di Dataran Merdeka di tengah Kiev pada 17 Disember 2013. - Foto REUTERS

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan memulakan rundingan tentang keanggotaan Ukraine pada 25 Jun, memberi negara itu rangsangan politik di tengah-tengah perang menentang pencerobohan Russia.

Ini walaupun perjalanannya memakan masa yang lama dan sukar sebelum ia boleh menyertai blok itu.

Perbincangan di Luxembourg itu lebih merupakan satu lambang, kerana rundingan rumit akan bermula secara serius hanya selepas EU menyaring perlembagaan Ukraine untuk menilai semua pembaharuan yang diperlukan bagi memenuhi piawaian blok itu.

Dengan memulakan rundingan dengan Ukraine, dan kemudian dengan jirannya, Moldova, EU memberi isyarat bahawa kedua-dua negara itu berada di jalan jauh daripada pengaruh Russia dan ke arah penyepaduan lebih besar dengan Barat.

Saat ini akan menjadi pedih bagi ramai rakyat Ukraine yang menjejaki konflik semasa mereka dengan Moscow.

Ini melibatkan pemberontakan Maidan pada 2014, apabila penunjuk perasaan menggulingkan presiden pro-Russia yang mengingkari ikrar akan membina hubungan lebih rapat dengan EU.

Encik Ihor Zhovkva, penasihat dasar luar kepada Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata ia akan meningkatkan semangat rakyat negara itu.

“Ia sangat penting,” katanya kepada Reuters dalam satu wawancara di Kyiv.

“Laluan kepada keanggotaan penuh, yang layak diterima oleh Ukraine... tidak boleh ditarik balik.”

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Cik Olga Stefanishyna, akan mengetuai delegasi negara itu pada acara tersebut, yang dikenali dalam istilah EU sebagai Persidangan Penyertaan.

Menteri Luar Belgium, Cik Hadja Lahbib, akan bercakap bagi EU kerana Belgium memegang jawatan presiden bergilir utama blok itu.

Prospek keanggotaan Moldova menimbulkan persoalan sama, walaupun dalam skala lebih kecil, kerana askar Russia ditempatkan di sebuah wilayah Moldova yang mahu meninggalkannya, Transdniestria.

Ukraine dan Moldova perlu mengharungi bukan halangan teknikal dan undang-undang sahaja untuk menjadi anggota, malah politik.

Negara calon memerlukan kelulusan daripada semua 27 anggota EU untuk membuka dan menutup setiap langkah rundingan keanggotaan, memberikan pemerintah negara EU banyak peluang untuk melewatkan proses tersebut. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg