Topic followed successfully
Go to BHkuPerisikan AS: Keupayaan nuklear Iran kekal utuh meski serangan tentera AS-Israel
Perisikan AS: Keupayaan nuklear Iran kekal utuh meski serangan tentera AS-Israel
Kehilangan jejak stok uranium tahap tinggi cetus bimbang krisis tenaga sejagat kian meruncing
May 5, 2026 | 2:16 PM
Perisikan AS: Keupayaan nuklear Iran kekal utuh meski serangan tentera AS-Israel
Penilaian perisikan Amerika Syarikat menunjukkan program nuklear Iran masih kekal dalam garis masa yang sama, meskipun serangan ketenteraan Amerika-Israel dan ketegangan serantau terus meningkat. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Penilaian perisikan Amerika Syarikat menunjukkan tempoh masa yang diperlukan Iran untuk membina senjata nuklear tidak berubah sejak musim panas lalu, apabila penganalisis menganggarkan serangan Amerika-Israel telah menganjak jadual tersebut sehingga hampir setahun, menurut sumber yang dipercayai.
Penilaian terhadap program nuklear Teheran, secara amnya, kekal tidak berubah walaupun selepas perang dilancarkan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, selama dua bulan, sebahagiannya demi menghalang Iran daripada membangun bom nuklear.
Laporan berkaitan
S’pura lanjut hubungan dengan badan pemantau atom PBB bagi bina keupayaan keselamatan nuklearApr 24, 2026 | 8:29 PM
Laporan: Trump arah sekatan Selat Hormuz dilanjutApr 29, 2026 | 2:05 PM

