Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerjanjian damai AS-Iran semakin hampir
Perjanjian damai AS-Iran semakin hampir
Namun kelulusan muktamad daripada pemimpin kedua-dua negara dijangka mengambil masa beberapa hari lagi
May 25, 2026 | 11:52 AM
Perjanjian damai AS-Iran semakin hampir
Wanita Iran menghadiri upacara memperingati mangsa yang terkorban dalam perang Iran-AS-Israel di Masjid Mosallah di Teheran, Iran, pada 24 Mei 2026. Upacara itu berlangsung ketika usaha diplomatik sedang dipergiatkan, dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan bahawa potensi perjanjian damai untuk menamatkan konflik dan membuka semula Selat Hormuz sebahagian besarnya telah dirundingkan menerusi pengantara Pakistan - Foto EPA
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Iran dilaporkan telah mencapai persetujuan “secara prinsip” bagi satu perjanjian yang berpotensi menamatkan perang di Asia Barat, namun kelulusan muktamad daripada pemimpin kedua-dua negara dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.
Seorang pegawai kanan Amerika berkata, persetujuan awal itu melibatkan pembukaan semula Selat Hormuz serta komitmen Iran untuk melupuskan stok uranium diperkaya tinggi miliknya. Bagaimanapun, kaedah pelupusan uranium itu masih menjadi perkara utama dalam rundingan antara kedua-dua pihak.
Laporan berkaitan
Iran, AS giat bertukar mesej cari jalan tamatkan konflikMay 22, 2026 | 2:44 PM
Iran teliti tawaran AS ketika Trump sifatkan rundingan damai di ‘garisan penentu’May 21, 2026 | 1:21 PM
