Topic followed successfully
Go to BHkuPerkahwinan beramai-ramai di Gaza cetus sinar harapan di tengah konflik
Perkahwinan beramai-ramai di Gaza cetus sinar harapan di tengah konflik
May 13, 2026 | 11:32 AM
Perkahwinan beramai-ramai di Gaza cetus sinar harapan di tengah konflik
Pengantin perempuan menunggu giliran untuk dinikahkan semasa majlis perkahwinan beramai-ramai bagi pasangan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) di Bandar Gaza pada 11 Mei 2026. - Foto AFP
BANDAR GAZA: Di tengah kemusnahan akibat perang yang berpanjangan, puluhan pasangan Palestin di Gaza tetap memilih untuk meraikan cinta dan memulakan kehidupan baharu menerusi satu majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan sebuah pertubuhan kebajikan Turkey.
Seramai 50 pasangan Palestin menyertai majlis itu yang dianjurkan oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) di Bandar Gaza City. Pengantin perempuan dilihat mengenakan pakaian tradisional Palestin, manakala para pengantin lelaki tampil sederhana dalam suasana penuh emosi.
Laporan berkaitan
54 pasangan bina mahligai di tengah runtuhan perang GazaDec 3, 2025 | 3:00 PM
Israel lulus undang-undang bicara suspek Palestin serangan 7 OktMay 12, 2026 | 1:13 PM
