Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perlu lakar strategi naik taraf farmaseutikal halal Indonesia

Oct 24, 2023 | 02:33 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia sedang menyediakan strategi untuk menangani kemerosotan negara itu dalam kalangan pengeluar produk farmaseutikal halal paling terkemuka di dunia, kata Menteri Perindustrian, Encik Agus Gumiwang Kartasasmita.


Menurut Laporan Ekonomi Global 2022, kedudukan sejagat sektor farmaseutikal halal Indonesia turun ke tangga kesembilan pada 2022, daripada keenam pada 2021, kata beliau, lapor agensi berita rasmi Antara.


“Kita pastinya perlu memberi perhatian yang teliti terhadap kemerosotan ini. Kita perlu mengenal pasti negara mana yang mengatasi kita, terutamanya dalam sektor farmasi dan bagaimana mereka boleh melakukannya.

“Ia perlu untuk kita mengatasi mereka,” kata Encik Kartasasmita di majlis penyampaian Anugerah Industri Halal Indonesia 2023, di Jakarta pada Isnin.


Encik Kartasasmita berkata beliau telah mengarahkan ketua Pusat Pemerkasaan Industri Halal (PPIH) kementeriannya supaya menjalankan usaha wajar.

“Kami perlu melakukan usaha wajar, jadi kami mempunyai penanda aras dan boleh melancarkan ‘serangan balas’ dengan harapan dapat mengembalikan kedudukan kami sekurang-kurangnya ke enam teratas.

“Semoga pada masa akan datang, kami akan naik ke puncak,” ujarnya.

Beliau juga memetik dapatan laporan itu bahawa dalam sektor makanan halal, Indonesia naik ke tempat kedua pada 2022, daripada keempat pada 2021.

Dalam sektor fesyen Muslimah, Indonesia kekal di kedudukan ketiga pada 2021-2022, katanya.

Dari segi petunjuk ekonomi Islam, Indonesia masih menduduki tempat keempat di dunia dalam tempoh tersebut, kata menteri itu.

“Secara peribadi, saya tidak berpuas hati dengan (Indonesia) berada di tempat keempat,” tambahnya.

Encik Kartasasmita seterusnya berkata beliau menjangka semua pihak berkepentingan yang berkaitan akan mengukuhkan kerjasama dan sinergi mereka, untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan industri halal negara.

Indonesia menyasarkan menjadi pusat industri halal dunia, dengan sasaran pensijilan sebanyak 10 juta produk sebagai halal menjelang 2024, tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >