Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan tinggi, cuaca tidak menentu punca harga ikan naik di beberapa negeri di M’sia

Jun 21, 2023 | 3:04 PM
SEMAKIN MAHAL: Harga ikan di Malaysia bertambah mahal disebabkan cuaca tidak menentu dan permintaan semakin tinggi.
SEMAKIN MAHAL: Harga ikan di Malaysia bertambah mahal disebabkan cuaca tidak menentu dan permintaan semakin tinggi. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga ikan di beberapa negeri baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata keadaan itu berpunca akibat permintaan tinggi sedang cuaca tidak menentu di pantai timur Semenanjung.

Bagaimanapun, katanya, KPDN belum menerima aduan rasmi mengenai kenaikan harga ikan yang didakwa mencecah hingga 40 peratus, bermula selepas Aidilfitri lalu.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan para pegawai dan penguatkuasa KPDN sentiasa memantau harga bekalan bagi mengelak pencatutan, selain peniaga tidak patuh kepada harga ditetapkan.

“Kita dapati berlaku permintaan ikan yang tinggi ketika cuaca di pantai timur yang orang Kelantan panggil ‘laut berangin’ atau cuaca tidak menentu.

“Jadi, memang ada kenaikan beberapa harga ikan, namun kita dapati dalam dua, tiga hari ini keadaan kembali stabil. Ada barang seperti sayur dan ikan memang bergantung kepada keadaan cuaca dan bekalan kadang-kadang tinggi.

“Tetapi faktor ini hanya sementara dan ia turun dalam tempoh masa tertentu,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 di sini, pada Isnin.

Jumaat lalu, media melaporkan cuaca panas dan ribut di laut menjadi punca bekalan ikan tempatan kurang sehingga harga hasil laut di pasaran Bachok, Kelantan naik antara RM2 ($0.60) hingga RM4 sekilogram (kg) sejak dua minggu lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat, mendapati beberapa jenis ikan mengalami kenaikan harga, antaranya ikan selayang naik daripada RM10 kepada RM12 sekilogram, diikuti kembung naik daripada RM14 kepada RM18 sekilogram.

Harga ikan tongkol pula naik daripada RM10 kepada RM12 sekilogram, kerisi daripada RM10 kepada RM14 sekilogram dan selar daripada RM20 kepada RM24 sekilogram.

Mengenai isu bekalan ikan, Datuk Salahuddin berkata ia perlu dirujuk kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang memiliki bidang kuasa bagi menangani masalah berkenaan.

“Dia (KPKM) membekalkan, KPDN hanya memantau harga supaya tidak berlaku pencatutan, jualan tidak mengikut harga sepatutnya

“Bagaimanapun kita memantau harga barang keperluan rakyat ini setiap hari,” katanya. – BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg