Topik diikuti
Pergi ke BHkuPermohonan tiket NDP 2026 dibuka dari 23 Mei hingga 6 Jun
Permohonan tiket NDP 2026 dibuka dari 23 Mei hingga 6 Jun
Permohonan tiket NDP 2026 dibuka dari 23 Mei hingga 6 Jun
Permohonan tiket untuk Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 dan sesi pratonton pada 25 Julai dan 1 Ogos dibuka mulai tengah hari 23 Mei hingga tengah hari 6 Jun.
Rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh memohon dua, empat atau enam tiket.
Semua permohonan mesti dibuat melalui ndp.gov.sg menggunakan Singpass, kaedah yang telah dilaksanakan sejak 2024.
Jawatankuasa eksekutif NDP 2026 pada 22 Mei menyatakan, platform identiti digital kebangsaan ini memudahkan proses dan membantu mengekang penipuan.
Tiket akan diperuntukkan melalui sistem undian, bukan mengikut dasar siapa cepat dia dapat.
Setiap pemohon layak mendapat satu peluang undian, dan setiap tiket hanya sah untuk seorang penonton.
Kanak-kanak – termasuk bayi dalam dukungan – diwajibkan mempunyai tiket sah untuk memasuki Stadium Negara, lokasi perbarisan buat kali pertama sejak 2016.
Stadium Negara mampu menampung sekitar 42,000 orang, hampir dua kali ganda kapasiti di kawasan Padang.
Namun, Pengerusi jawatankuasa eksekutif NDP 2026, Brigedier Jeneral Lim Han Yong, pada 21 Mei menyatakan bahawa acara tahun ini tidak akan menyajikan elemen utama seperti perarakan bergerak, Red Lions, dan pertunjukan udara, atas dasar “kebimbangan keselamatan dan operasi”.
Sebaliknya, arena tertutup akan menampilkan pertunjukan dron canggih, aksi udara dan kesan khas, di samping penyertaan awam terbesar dan paling berpelbagai yang pernah disaksikan dalam tempoh lebih sedekad.
Buat julung kalinya, Tabik Hormat Meriam Presiden akan bergema di Kallang Basin.
Namun begitu, acara kegemaran ramai seperti kibaran bendera dan pertunjukan bunga api mungkin terhadang sebahagiannya kepada penonton di Stadium Negara, disebabkan oleh struktur tempat itu sendiri.
Bertemakan, ‘Majulah Singapura, Go Beyond!’, NDP 2026 berhasrat menyatupadukan rakyat Singapura, mendorong mereka untuk saling menyokong dalam usaha bergerak maju bersama.
Pengesahan permohonan tiket akan dihantar kepada pemohon menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) daripada gov.sg dan e-mel daripada info@plumber.gov.sg.
Para pemohon yang berjaya akan dimaklumkan mengenai status mereka antara 15 Jun dengan 17 Jun.
Mereka akan menerima SMS daripada gov.sg dan e-mel daripada info@mail.postman.gov.sg.
