Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertemuan Biden, Xi permulaan baik: PM Lee

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, merupakan permulaan yang baik dan menunjukkan hala tuju yang betul serta positif dalam hubungan antara kededua negara.



Tetapi, beliau berkata isu antara dua negara itu masih belum berakhir dan ia akan mengambil masa yang lama sebelum dapat dihuraikan.



"Kedua-dua pihak menunjukkan kesediaan menguruskan hubungan dua hala mereka, mengelakkan konflik, dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah mereka. Jadi, ini adalah permulaan yang baik," kata Encik Lee dalam temu ramah bersama wartawan Singapura di akhir Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Nusa Dua, Bali, semalam.



Presiden Biden dan Presiden Xi telah mengadakan perbincangan terus terang dalam pertemuan mereka yang berlangsung selama tiga jam di sini Isnin lalu.



China dan Amerika bersetuju menguruskan perbezaan mereka, menghalang persaingan daripada menjadi konflik dan mencari jalan untuk bekerjasama dalam isu sejagat yang mendesak yang memerlukan usaha bersama.



Menurut Encik Lee, kedua pihak menunjukkan kesediaan dan keazaman untuk menyelesaikan masalah mereka. Dalam perbincangan kedua pemimpin itu, mereka juga bersetuju untuk memperbaharui kerjasama dalam bidang seperti perubahan iklim.



"Jadi mereka mula menangani masalah, tetapi sudah tentu masalah itu sendiri adalah masalah yang sangat sukar dan ia akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan, dan saya fikir ia akan menjadi sukar. Saya fikir ia adalah hasil yang positif tetapi ia masih jauh dari penghujung isu," jelas Encik Lee, sambil menyatakan "Rome tidak dibina dalam sehari, lantas tidak semua isu dapat dihuraikan dalam satu pertemuan".



Dalam pertemuan itu, Encik Xi menyuarakan pandangan agar Encik Biden tidak melintasi 'garisan merah' dalam isu Taiwan. Encik Biden sebelum ini menyatakan Amerika akan melindungi Taiwan jika diserang China.



Encik Lee berada di Bali sejak Isnin lalu untuk menghadiri sidang itu atas undangan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, yang menjadi tuan rumah bagi puncak itu sejajar dengan kapasiti Indonesia sebagai Presiden G20 tahun ini.



Semalam, Encik Lee juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa; Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi; dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron.



Mengenai pertemuannya dengan Encik Modi, mereka telah mengesahkan hubungan dua hala dan membincangkan cara meluaskan kerjasama dalam bidang baru seperti pendigitalan dan keselamatan tenaga, menurut setiausaha media PM Lee, Cik Chang Li Lin.



Beliau berkata PM Lee juga mengucapkan terima kasih kepada PM Modi yang mengundang Singapura menyertai mesyuarat G20 tahun depan di mana India akan menjadi hos pada September 2023.



Singapura akan menyokong India sebagai Presiden G20 dan akan bekerjasama dengan mereka dalam tumpuan G20.



Mengenai pertemuan dengan Presiden Macron pula, Singapura dan Perancis mempunyai hubungan dua hala yang panjang meliputi pelbagai bidang.



Kededua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu sejagat dan serantau, kata Cik Chang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >