Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Perubahan norma kerja akibat Covid-19 hanya tambah sedikit pegawai kanan wanita korporat

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perubahan amalan kerja akibat pandemik Covid-19 membawa hanya sedikit kemajuan daripada sudut bilangan wanita yang menyandang jawatan kanan dalam organisasi korporat di Malaysia, menurut satu laporan.



Menurut Grant Thornton International Business Report: Women in Business 2023, hanya 40 peratus jawatan pengurusan kanan di negara ini dipegang oleh wanita dan peratusan itu adalah sama seperti tahun sebelumnya.



Grant Thornton adalah syarikat antarabangsa yang menawarkan perlbagai khidmat nasihat yang menyeluruh.



Rakan kongsi Grant Thornton (pengurusan kualiti), Cik Silvia Tan, berkata:



"Hasil dapatan kajian kami menunjukkan secara keseluruhannya bilangan wanita dalam kepimpinan kanan terus meningkat berbanding di Malaysia yang agak perlahan dan ini sesuatu yang perlu diberi perhatian.



"Penyelidikan kami turut mendedahkan bahawa ada risiko ia boleh merosot dan pihak perniagaan perlu berusaha lebih serta pantas untuk meraih kesaksamaan,'' katanya.



Di peringkat global, menurut laporan Grant Thornton, 32.4 peratus jawatan pengurusan kanan dalam 'mid-market businesses' kini disandang wanita iaitu kenaikan separuh mata peratusan (pp) sejak tahun 2022 dan hanya 13pp sejak penyelidikan ini mula dijalankan pada tahun 2004.



Kajian laporan ini melibatkan pemimpin kanan dari 5,000 perniagaan antara Oktober dengan November 2022 merentasi 29 ekonomi.



"Memandangkan keadaan ini, hanya 34 peratus jawatan kepimpinan kanan (secara global) akan disandang wanita pada tahun 2025.



"Berdasarkan laporan World Economic Forum's Global Gender Gap, untuk menangani jurang gender global ini, ianya akan mengambil masa 132 tahun lagi,'' Cik Tan memberitahu Bernama baru-baru ini.



Menurut Cik Tan lagi, hasil penyelidikan itu juga mendapati model kerja mempunyai impak besar ke atas bilangan wanita dalam pengurusan kanan.



Beliau menambah, di Malaysia, ekoran daripada pandemik Covid-19, 45 peratus perniagaan kini beroperasi di pejabat sementara 52 peratus adalah hibrid dan mengambil pendekatan kebolehsesuaian atau fleksibel dan tiga peratus lagi bekerja dari rumah.



Cik Tan menambah, di tengah-tengah berlakunya kekurangan kemahiran di peringkat global serta krisis bakat, perniagaan yang mendokong model kerja fleksibel mungkin juga mendapat manfaat daripada bekerja rentas sempadan dan akses kepada tenaga kerja seperti mereka yang kurang upaya, mereka yang tinggal di lokasi pedalaman atau mereka yang mencari keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik.



Sebagai langkah untuk menarik lebih ramai wanita menyertai organisasi, Cik Tan juga mencadangkan pihak perniagaan menawarkan peluang untuk kenaikan pangkat jawatan kanan yang lebih telus. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >