Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pesakit Zika pertama Malaysia semakin sembuh

Sep 02, 2016 | 11:38 AM



PETALING JAYA: Pesakit Zika pertama di Malaysia semakin sembuh di Hospital Sungai Buloh, Selangor.



Ketua penyakit berjangkit hospital itu, Datuk Dr Christopher Lee, berkata gejala yang wanita berusia 58 tahun itu alami, termasuk ruam, juga telah hilang.



"Kami akan melakukan ujian darah ke atas beliau hari ini dan jika ia ternyata negatif, kami boleh mengizinkan beliau pulang dalam beberapa hari ini," ujarnya pada Khamis (1 Sep).



Beliau berkata ruam ringan pesakit itu hilang dalam dua atau tiga hari dan ujian darah terakhir negatif, tetapi pihak hospital memutuskan menahan beliau lebih lama bagi memastikan tidak akan ada jangkitan pada orang lain.



Ujian darah pada Jumaat ialah bagi mengesahkan beliau bebas daripada Zika, katanya.



Wanita itu dan suaminya melawat anak perempuan mereka di Singapura pada 19 Ogos dan pulang pada Ogos 21.



Seminggu kemudian, wanita itu mengalami ruam dan demam, dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik swasta di Klang.



Beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, dan pada 31 Ogos, contoh air kencingnya didapati positif virus Zika.



Anak perempuannya, yang bekerja dan tinggal di Paya Lebar di Singapura, juga dijangkiti.



Suami wanita itu dan ahli lain keluarganya yang tinggal di rumah yang sama di Ambang Botanic belum menunjukkan sembarang tanda jangkitan.



Dr Lee berkata gejala paling biasa Zika ialah demam, sakit badan, ruam dan mata merah yang biasanya hilang dalam masa beberapa hari.



Menurut beliau, jika seorang wanita dijangkiti Zika, cecair farajnya mungkin mengandungi virus hingga dua bulan selepas beliau sembuh.



"Oleh itu, jika beliau melakukan hubungan seks dalam tempoh dua bulan, pasangannya boleh dijangkiti Zika.



"Virus ini juga boleh kekal dalam air mani lelaki hingga enam bulan selepas beliau sembuh." - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >