Pesan damai, toleransi sempena Hari Natal dari pemimpin Indonesia
Premium
Pesan damai, toleransi sempena Hari Natal dari pemimpin Indonesia
Dec 27, 2023 | 5:30 AM
KAWAL KETAT: Seorang anggota polis Indonesia berkawal di dalam katedral pada malam Krismas 24 Disember di Jakarta, Indonesia. Polis mengesahkan bahawa lebih 4,000 anggota polis dikerah untuk mengawal 1,807 gereja pada malam Krismas di Jakarta. - Foto EPA-EFE
Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Jokowi’, bersama-sama Naib Presiden, Encik Ma’ruf Amin, mengucapkan selamat Hari Natal kepada masyarakat Kristian sempena hujung minggu cuti Natal.
Mereka mengajak penganut Kristian dan seluruh rakyat Indonesia untuk berdoa bagi keamanan sejagat semasa sambutan Krismas 2023 dan menyambut Tahun Baru 2024 dengan memelihara kesatuan dan keharmonian nasional.
Laporan berkaitan
Indonesia perketat sekatan bagi cegah jangkitan naik musim cutiNov 20, 2021 | 9:00 AM
Musim cuti, Pilihan Raya Presiden Indonesia tumpuan utama pengganasDec 21, 2023 | 12:28 PM

