Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesantren runtuh di Jawa: Angka korban capai 14 dengan 49 masih hilang

Oct 4, 2025 | 4:27 PM
bnpb
Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Encik Suharyanto, memberitahu wartawan sembilan mayat telah ditemui sejauh ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 14 orang. - Foto AFP

JAKARTA: Jumlah kematian akibat keruntuhan pesantren di Indonesia meningkat kepada 14 orang pada 4 Oktober, kata seorang pegawai. 

Pasukan penyelamat menggunakan jentera berat untuk mencari puluhan lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan Sekolah Agama Islam Al Khoziny di Sidoarjo, di Jawa Timur.

Sebahagian bangunan sekolah asrama bertingkat tersebut runtuh secara tiba-tiba pada 29 September ketika pelajar berkumpul untuk solat asar.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Encik Suharyanto, berkata kepada wartawan pasukan penyelamat menemui sembilan mayat pada 3 Oktober, menjadikan jumlah kematian kepada 14 orang.

“Sehingga hari ini, kami masih mencari 49 orang yang masih hilang,” kata Encik Suharyanto, pada 4 Oktober, dalam laporan Kompas TV.

Lebih banyak mangsa mungkin akan ditemui, tambah Encik Suharyanto, kerana pasukan penyelamat telah menggunakan jentera berat untuk membersihkan lokasi di mana mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

“Setelah mangsa terakhir ditemui malam tadi (3 Oktober), kami kini memberi tumpuan kepada pembersihan besar-besaran, dengan peralatan berat masuk ke kawasan yang runtuh,” katanya.

Keruntuhan pesantren tersebut berlaku dengan begitu dahsyat dan kuat sehingga ia menggegarkan kawasan kejiranan, menurut penduduk setempat.

Penyiasat telah mula menyiasat punca keruntuhan, namun tanda awal menunjukkan ia berpunca daripada pembinaan yang tidak mengikut piawaian, kata pakar.

Operasi menyelamat menjadi lebih rumit kerana getaran di satu tempat boleh memberi kesan kepada kawasan lain, menurut pegawai lagi.

Namun, pada 2 Oktober, keluarga mangsa yang hilang bersetuju menggunakan peralatan berat setelah tempoh “emas” 72 jam, iaitu tempoh terbaik untuk peluang hidup, berakhir.

Operasi menyelamat turut diganggu gempa bumi yang melanda pada 30 September, yang menyebabkan pencarian dihentikan seketika. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg