Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis M’sia tumpas sindiket tipu kerja sasar warga S’pura

Jul 18, 2023 | 01:32 PM



JOHOR BAHRU: Polis Malaysia menumpaskan satu sindiket penipuan kerja atau scammer selepas penahanan empat warga Singapura di sebuah kediaman di bandar itu.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata sindiket itu dipercayai beroperasi di negeri itu dengan menjadikan sebuah rumah di Taman Perling, Johor Bahru, sebagai pusat operasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa Singapura.

“Suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 hingga 40 tahun itu ditahan melalui kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman serta Polis Kontinjen Johor pada 26 Jun lalu.

“Sindiket yang telah beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyasarkan warga Singapura yang mahu mencari pekerjaan di republik berkenaan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias.

Menurut Datuk Kamarul Zaman, berdasarkan rekod, sindiket yang menawarkan peluang pekerjaan tidak wujud itu telah menipu seramai 59 mangsa dari republik itu melibatkan kerugian berjumlah $2.9 juta, hampir RM10 juta.

“Siasatan dibuat mendapati sindiket berkenaan tidak mensasarkan warga Malaysia dan mereka juga tidak menggunakan akaun bank atau nombor telefon yang berdaftar di negara ini,” katanya.

Datuk Kamarul Zaman menambah tiga suspek lelaki itu telah diserahkan kepada polis Singapura pada 30 Jun lalu, manakala suspek wanita pula diserahkan pada 5 Julai setelah tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >