Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat terhempas di Nepal: 18 maut, juruterbang selamat

Jul 24, 2024 | 7:36 PM
Anggota tentera dan para pegawai lain berdiri mengelilingi bangkai pesawat Saurya Airlines yang terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal, pada 24 Julai.
Anggota tentera dan para pegawai lain berdiri mengelilingi bangkai pesawat Saurya Airlines yang terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal, pada 24 Julai. - Foto AFP

Anggota tentera dan pegawai lain berdiri mengelilingi bangkai pesawat Saurya Airlines yang terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal, pada 24 Julai.

Juruterbang pesawat itu dapat diselamatkan daripada pesawat yang terbakar itu tetapi 18 orang lain terbunuh, menurut polis Kathmandu kepada agensi berita AFP. Seorang warga asing dilaporkan antara yang terkorban, namun kewarganegaraannya belum diketahui.

Portal berita Khabarhub melaporkan bahawa pesawat itu terbakar selepas terbabas di landasan.

Industri udara Nepal telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, membawa barangan dan orang ramai ke kawasan yang sukar dicapai.

Namun ia telah dibelenggu isu keselamatan yang lemah kerana latihan dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg