Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Petani M'sia terpaksa buang bertan-tan sayur akibat pasar ditutup

Apr 26, 2023 | 08:58 AM



PETALING JAYA: Petani di seluruh Malaysia terpaksa membuang bertan-tan sayur berikutan penutupan pasar pada hujung minggu perayaan yang panjang, namun mereka mengatakan keadaan akan kembali normal selepas perayaan Hari Raya.



Timbalan Presiden Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Encik Lau Weng Soow, berkata terdapat lebihan sayur di Cameron Highlands sejak tiga minggu lalu dan semasa cuti Hari Raya yang panjang, memaksa petani membuang sayur berlebihan itu.



Ini adalah kali pertama mereka berbuat demikian dalam jumlah yang banyak, katanya.



"Dahulu petani sayur membuang hasil berlebihan pada cuti perayaan sama, tetapi tidak sebanyak kali ini.



"Saya menganggarkan hampir 1,000 tan sayur dibuang di Cameron Highlands sahaja.



"Jika anda menambah lebih 1,000 tan sayur yang dibuang dari kawasan dataran, petani sayur kerugian berjuta ringgit," katanya.



Beliau berkata timun, tomato dan sawi adalah antara sayur yang dibuang.



"Permintaan sayur yang rendah semasa Ramadan, ditambah pula dengan cuti panjang apabila banyak pasar sayur tidak dibuka, dan dengan beberapa peniaga yang masih bercuti - ia mengurangkan permintaan terhadap sayur dengan ketara.



"Petani sayur terpaksa memusnahkan sayur berlebihan dan menanam semula untuk memenuhi permintaan pasaran pada masa hadapan," tambahnya.



Encik Lau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Persatuan Peladang Sayur dan Peniaga Sayur perlu bekerjasama untuk memantau jumlah sayur yang terdapat di negara ini.



Beliau mencadangkan permit yang diluluskan bagi import sayur (AP) dikembalikan kepada rakyat Malaysia untuk mengimport sayur hanya apabila terdapat kekurangan bekalan sayur bagi mengelak kerugian petani tempatan.



"Pihak berkuasa seharusnya hanya mengimport sayur apabila tidak cukup bekalan, bukannya pengimport mengimport sayur dan menjejas bekalan petani tempatan," katanya.



Beliau berkata petani sayur tempatan tidak pernah menerima subsidi kerajaan dan bertanggungjawab terhadap segala kerugian dan kemusnahan sayur.



Fama pula berkata pihaknya bersedia memasarkan lambakan sayur terutama timun yang dihadapi pengusaha sejak akhir Mac lalu.



Jurucakap Fama berkata pihaknya turut menawarkan kerjasama dengan pengusaha menerusi program ladang kontrak dan memberi jaminan mengambil bekalan berkenaan pada harga lantai.



"Bagaimanapun, ia memerlukan kerjasama semua pihak kerana apa yang berlaku kini, bila harga sayur meningkat, pengusaha 'hilang' dan ada yang tidak mengisytiharkan keluasan tanaman kepada Jabatan Pertanian.



"Bila berlaku lambakan dan pemborong pun ambil harga rendah, barulah mereka cari Fama dan minta kita pasarkan," katanya. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >