Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peti Besi keselamatan Artik terima simpanan benih baru, berharga

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



OSLO: Sebuah peti besi yang dibina di lereng gunung Artik untuk memelihara benih tanaman dunia daripada peperangan, penyakit dan malapetaka lain menerima simpanan baharu semalam, termasuk satu daripada organisasi pertama yang pernah menarik diri daripada kemudahan itu.



Peti Beti yang dikenali sebagai Svalbald Global Seed Vault, di pulau Spitsbergen di lingkaran tanah besar Norway dan Kutub Utara, hanya dibuka beberapa kali setahun untuk mengehadkan pendedahan bank benihnya kepada dunia luar.



Pada hari Isnin, bank gen dari Sudan, Uganda, New Zealand, Jerman dan Lebanon akan mendepositkan benih, termasuk sekoi, betari dan gandum, sebagai sandaran kepada koleksi mereka sendiri.



Pusat Penyelidikan Pertanian Antarabangsa di Kawasan Kering (Icarda), yang memindahkan ibu pejabatnya ke Beirut dari Aleppo pada 2012 kerana perang di Syria, akan mendepositkan kira-kira 8,000 sampel.



ICARDA membuat pengeluaran benih pertama dari peti besi pada 2015 untuk menggantikan koleksi yang rosak akibat perang, dan dua pengeluaran lagi pada 2017 dan 2019 untuk membina semula koleksinya sendiri, yang kini diadakan di Lebanon dan Maghribi.



"Bukti bahawa kutipan benih yang musnah di Syria semasa perang saudara telah dibina semula secara sistematik menunjukkan bahawa bilik kebal itu berfungsi sebagai insurans untuk bekalan makanan semasa dan masa depan dan untuk keselamatan makanan tempatan," kata Menteri Pembangunan Antarabangsa Norway, Anne Beathe Tvinnereim.



Bilik kebal itu, yang menyimpan lebih 1.1 juta sampel benih daripada hampir 6,000 spesies tumbuhan daripada 89 bank benih di seluruh dunia, juga berfungsi sebagai sandaran kepada penternak tumbuhan untuk membangunkan pelbagai tanaman baharu.



Lebih 6,000 tumbuhan berbeza telah ditanam di dunia tetapi pakar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kita kini mendapat kira-kira 40 peratus kalori daripada tiga tanaman utama - jagung, gandum dan beras - menjadikan bekalan makanan terdedah jika perubahan iklim menyebabkan hasil tuaian gagal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >