Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PH-BN kekal kuasai Selangor

PN kuasai lebih banyak kerusi DUN walau tewas
Aug 12, 2023 | 10:33 PM



Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai kerajaan Selangor selepas mendapat majoriti mudah 30 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, menurut keputusan tidak rasmi sehingga 10.30 malam pada Sabtu.


Dengan kemenangan itu, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Pengerusi PH Selangor, dijangka kekal menduduki kerusi Menteri Besar buat penggal kedua, sebagaimana dipersetujui pucuk pimpinan parti Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Datuk Amirudin membuktikan pengaruhnya di Selangor apabila menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Encik Muhammad Hanafi Jamaludin, dan calon Bebas, Encik S Murugan, bagi kerusi Dewan Sungai Tua.

Sehingga 10.30 malam, PN pula berjaya memenangi 14 kerusi DUN, bertambah daripada lima kerusi yang dikuasai sebelum ini.

Peratusan keluar mengundi yang rendah, terutama kehadiran pengundi muda selain sentimen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang cuma berbeza lapan bulan dipercayai menyumbang kepada kemerosotan jumlah kerusi dipegang PH.

Terdahulu, PRN Selangor yang diadakan pada Sabtu berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal dengan cuaca baik sehingga pusat pengundian yang dibuka 8 pagi, ditutup 6 petang.

Tinjauan mendapati pengundi di empat kawasan DUN di Gombak kelihatan mula memenuhi pusat mengundi di kawasan masing-masing dan berbaris seawal 7 pagi.

Datuk Amirudin mencuri tumpuan apabila datang ke pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, Gombak, menaiki skuter dengan ditemani isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad, serta diiringi sekumpulan penyokong.

Selesai membuang undi kira-kira 8.40 pagi, Pengerusi PH Selangor itu turut meninjau beberapa pusat pengundian di Gombak dengan menaiki skuter.

Sementara itu, Pengerusi PN, Datuk Azmin Ali, ditemani isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin, dan ibu saudara, disambut ratusan penyokong yang setia menanti sejak 8 pagi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, Ulu Klang.

Usai membuang undi kira-kira 9.20 pagi, beliau meninjau pusat pengundian di sekitar Gombak dan bertemu penyokong di Bilik Gerakan PN di Gombak.

Sepanjang PRN Selangor kali ini, beberapa selebriti dilihat ‘mencuba nasib’ bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), atau Yang Berhormat.

Antara selebriti yang paling popular adalah calon PH DUN Lembah Jaya, Altimet, atau nama sebenarnya, Encik Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.

Beliau, yang juga penyanyi irama ‘rap’ dan komposer, hadir membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat sekitar 8 pagi.

Ketika ditemui media, Altimet mengakui proses pengundian sekitar DUN Lembah Jaya setakat ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah ia (proses pengundian) lebih lancar daripada PRN terdahulu. Itu maklumat yang kita dapat.

“Penghargaan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa. Alhamdulillah semua mengikut ketetapan, ikut SOP selain petugas SPR menjalankan tugas dengan tekun,” katanya selepas selesai mengundi.

Beliau menewaskan calon PN, Sharifah Haslizah Syed Arifin. – Laporan tambahan oleh Mohd Noor A. Rahman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >