Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PH tak setuju pengampunan Najib

Sep 14, 2023 | 12:39 PM



KUALA LUMPUR: Berbeza dengan kes pelepasan tanpa bebas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, daripada 47 pertuduhan kes jenayah yang dibisukan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH), parti politik itu sebaliknya tegas menolak Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan.


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, bagaimanapun berkata walaupun PH tidak bersetuju Datuk Najib dibebaskan dengan pengampunan, namun gabungan itu tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan terbabit.

Beliau turut tidak menafikan hak mantan Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram itu, untuk memohon pengampunan diraja.

“Biarpun tidak bersetuju dengan pengampunan Najib, beliau berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentu dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya dalam satu acara di Kuala Lumpur pada Rabu petang, seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia.


Encik Rafizi berkata sama ada PH bersetuju atau sebaliknya, akhirnya ia terpulang kepada mereka yang memiliki mandat untuk memberi pengampunan dan ia bukan daripada kerajaan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Datuk Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ($60.98 juta) ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >