Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pihak berkuasa siasat kedai makan di Johor kerana didakwa kenakan harga mahal

Oct 05, 2023 | 04:22 PM



JOHOR BAHRU: Kedai makanan laut di bandar raya itu yang tular kerana didakwa mengenakan bayaran mahal sudah diberi notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor.


Pengarahnya, Cik Lilis Saslinda Pornomo, berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna kerana harga yang mengelirukan.

Susulan itu kata beliau, premis berkenaan diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mengemukakan maklumat terperinci bagi membantu siasatan sekiranya wujud unsur pencatutan.

“Kedai makan ini ditutup pada Selasa, oleh itu pemantauan dilakukan pada Isnin lalu. Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai.

“Bagaimanapun kes masih dalam siasatan,” katanya, seperti dilapor Berita Harian Malaysia.


Kedai makan itu tular selepas selebriti Ekin Rahmat, yang juga isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi, terkejut dengan harga RM1,260 ($365.3) dikenakan ketika makan di situ bersama ahli keluarga pada 30 September lalu.

Menurut Ekin, mereka terdiri daripada 12 dewasa, selain enam kanak-kanak yang berusia antara dua tahun hingga warga emas berusia 80-an tahun.

Dakwa Ekin, atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, beliau hanya memesan dua ikan bersaiz sederhana dan beberapa menu makanan laut, namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai terbabit.

Pekedai juga didakwa tidak meletakkan tanda harga dan menyatakan hanya ikut harga pasaran.

Bagaimanapun, pemilik kedai makan berkenaan turut tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, wanita berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan menyatakan kira-kira 20 ahli keluarganya mengunjungi kedai.

Katanya, antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya ialah pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam telur masin, ketam cili dan siput gonggong.


“Saya pemilik gerai nombor 14. Tujuan video ini bagi memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial. Sekiranya masih tidak jelas, bolehlah datang jumpa mak cik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >