Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pilihan raya negeri M’sia: Mesyuarat SPR pada Rabu untuk tentukan hari nama calon, hari mengundi

BN PH
Jul 03, 2023 | 04:15 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menentukan, antara lain, tarikh penting bagi hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya di enam negeri.


Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya telah menerima notis rasmi pembubaran dewan undangan negeri (DUN) negeri-negeri yang terlibat.

“Satu mesyuarat akan diadakan bagi menentukan tarikh penting itu bagi pilihan raya negeri.

“Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, akan mempengerusikan mesyuarat itu,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan pilihan raya di negeri masing-masing tidak lama lagi.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang di enam negeri, sementara kerusi selebihnya akan dipertandingkan oleh Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kerusi yang telah dimenangi oleh kedua-dua parti perikatan itu dalam pilihan raya yang lalu.

“Ini berdasarkan kepada bilangan kerusi yang ada sekarang di negeri-negeri berkenaan, yang telah dimenangi oleh Pakatan, dan kerana itu parti-parti komponen (BN) akan bertanding bagi merebut kerusi lain.

“Kami akan mengumumkan pembahagian kerusi itu apabila keputusan muktamad dibuat,” kata beliau kepada pemberita pada satu acara di Terengganu.

Datuk Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata BN akan bertanding bagi merebut lebih 100 kerusi dalam PRN yang akan datang ini dan keputusan muktamad akan dibuat oleh beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak lama lagi.

Pilihan raya negeri yang akan datang ini melibatkan 56 kerusi di Selangor, Kelantan (45 kerusi), Pulau Pinang (40 kerusi), Kedah (36 kerusi), Negeri Sembilan (36 kerusi) dan Terengganu (32 kerusi).

“Perdana Menteri dan saya akan memutuskannya pada minggu depan, kawasan-kawasan yang bertindih juga akan dibincangkan,” kata Datuk Zahid.


BN mampu menawan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri jika semangat Kerajaan Perpaduan dapat diterjemahkan sepenuhnya.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Encik Mujibu Abdul Muis berkata BN boleh menampilkan lebih ramai muka baru atau calon muda dalam PRN kelak sebagai misi bagi mencapai kemenangan itu, selain dilihat tawaran baru untuk menarik sokongan undi.

PH dan BN membawa misi untuk mempertahankan tiga negeri disandang mereka iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, sementara PN, selain mahu mempertahan Kedah, Kelantan dan Terengganu, mereka berusaha memecah dominasi PH di Pulau Pinang dan Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >