Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PKP di lima negeri, tiga wilayah persekutuan M'sia

Negeri lain dikenakan PKP bersyarat atau pemulihan, hospital tak dapat tampung kerana kes Covid-19 terus naik
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tiga peringkat selama 14 hari dari 13 hingga 26 Januari.



Tindakan itu bertujuan membendung penularan Covid-19 di negara itu, yang kian meningkat sejak beberapa minggu lalu.



Perintah kawalan pergerakan (PKP) melibatkan lima negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah - dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).



Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga melibatkan enam negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.



Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membabitkan dua negeri - Perlis dan Sarawak.



Mengumumkan demikian dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di media Malaysia, Tan Sri Muhyiddin berkata bilangan jangkitan dan kematian Covid-19 di negara itu terus meningkat dan mengenakan tekanan ke atas sistem kesihatan negara itu.



"Pada ketika ini, kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baru setiap hari.



"Sistem penjagaan kesihatan kita kini dalam takat putus," kata beliau.



Tan Sri Muhyiddin berkata 15 hospital Covid-19 di negara itu mencatat kadar penggunaan katil Covid-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus.



Selain itu, lebih 1,450 anggota perubatan di hospital di seluruh negara telah dijangkiti atau terpaksa menjalani perintah kuarantin dan tidak dapat bertugas.



"Justeru berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pelbagai kementerian dan agensi serta nasihat pakar kesihatan awam, kerajaan bersetuju dengan pandangan bahawa satu tindakan tegas perlu diambil untuk memutuskan rantaian jangkitan penularan virus Covid-19.



"... KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat," ujar beliau.



Tan Sri Muhyiddin berkata dari segi kegiatan sosial, acara perkumpulan seperti majlis kahwin, menyambut perayaan agama, persidangan, dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan di bawah PKP.



Di bawah PKPP dan PKPB, kegiatan sosial dibenarkan namun mesti mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



Perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara.



Selain itu, penduduk di kawasan di bawah PKP tidak boleh melakukan rentas daerah dan pergerakan mereka dibataskan dalam lingkungan 10 kilometer.



Bagi tujuan membeli barang keperluan di pasar raya atau kedai runcit, hanya dua anggota isi rumah dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan sama.



Sementara itu, dari segi ekonomi, lima sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi penting dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.



Ini merangkumi pengilangan dan pembuatan; pembinaan; perkhidmatan; perdagangan dan pengedaran; serta perladangan dan komoditi.



Semua kedai makan dan gerai penjaja di bawah PKP hanya dibenarkan beroperasi buat perkhidmatan bawa pulang.



Di negeri lain, ia dibolehkan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.



Selain itu, di bawah PKP, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir dengan jumlah maksimum lima orang. Di negeri di bawah PKPP dan PKPB, kegiatan keagamaan dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di bawah SOP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >