Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Plaza tol Genting Highlands bukan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya

Oct 28, 2023 | 02:39 PM



KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menegaskan bahawa projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa KKR dan LLM.


Ini kerana jelasnya dalam satu kenyataan, ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan Persekutuan.

Beliau berkata, ia adalah jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

Pada Ahad lalu, Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata pihaknya tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Katanya, pembinaan itu dibuat di atas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan berasakan tidak perlu membuat permohonan kepada kerajaan Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.

“Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih tertakluk kepada undang-undang.

“Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM dan LLM juga tidak pernah menerima apa-apa permohonan berkaitan pembinaan itu,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memaklumkan bahawa pembinaan projek tersebut tidak dimaklumkan kepada KKR dan LLM.

Bagaimanapun, pihaknya sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pada itu, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warga net yang membuat spekulasi berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >