Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Johor diisytihar Agong baru M’sia

Oct 27, 2023 | 03:49 PM



KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.


Sultan Ibrahim yang akan menduduki takhta itu buat kali pertama meneruskan legasi ayahanda beliau, Almarhum Sultan Iskandar Ismail, yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong antara 1984 dengan 1989.

Ketika ini, takhta Yang di-Pertuan Agong dipegang Sultan Abdullah Ahmad Shah dari Pahang. Isterinya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ialah adinda Sultan Ibrahim.

Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, dengan Yang Di-Pertuan Agong dilantik sebagai Ketua Negara.

Jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan kerajaan negeri Melayu.

Pengisytiharan terbaru itu dibuat menerusi mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di lstana Negara, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada Jumaat menyebut Majlis Raja-Raja turut mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

“Menjunjung titah, saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang Ke-263 (Khas) telah bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan lbrahim, Sultan Johor Darul Ta’zim telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024,” katanya.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja dihadiri semua Raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

Menurut Tan Sri Syed Danial, keputusan Majlis Raja-raja itu telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim Iskandar dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung hasil perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah.

Sultan Ibrahim dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan mendirikan rumah tangga bersama Raja Zarith Sofiah Idris Shah pada 22 September 1982.

Dikurniakan enam cahaya mata iaitu lima putera dan seorang puteri, beliau pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau kemudian dilantik sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Sultan Ibrahim mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Sydney, Australia pada 1968 hingga 1970 dan meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari 1971 hingga 1975.


Beliau turut mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru dan pernah menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi, Johor.


Dengan pelantikan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, akan dinobatkan sebagai pemangku Raja Johor, juga dalam tempoh lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >