Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PM Anwar: Saya perjuang untuk semua kaum

Jun 10, 2023 | 08:45 PM



SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulangi pendiriannya yang dipegang utuh selama ini, bahawa beliau seorang pemimpin yang memperjuangkan untuk semua kaum tanpa memilih warna kulit atau latar belakang.

Menurut beliau, itu antara syarat yang diperlukan oleh seseorang yang mahu menjadi seorang pemimpin kerana beliau percaya nilai sebegitu juga dituntut Islam, selain tidak langsung menghakiskan imannya.

Menurutnya, beliau tidak mahu tindakannya yang mengumumkan sebarang peruntukan khas kepada kaum tertentu dianggap mengundang persepsi yang beliau meminggirkan atau mengutamakan kaum tertentu sahaja.

“Ramai saudara kenal saya dan saya tidak tolak ansur dalam soal ini. Saya pernah sebut dulu dan sekarang dengan takdir tuhan diberi untuk pimpin negara ini, saya akan pimpin Malaysia untuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan semua.

“Kalau miskin itu miskin, saya tak tengok warna kulit atau keturunan. Saya minta pimpinan India atau semua rakan di sini supaya faham, kena ada anjakan sedikit, anjakan paradigma yang jelas,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, petang tadi (10 Jun).

Sehubungan itu, beliau menuntut sokongan semua pihak untuk bersama menjayakan dasar kerajaan pimpinannya, khususnya dalam agenda menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini.

“Kena faham perubahan dasar dan saya nak kamu beri sokongan sepenuhnya untuk keseluruhan dasar tidak kiralah untuk kepentingan kaum India, Melayu, Cina, Kadazan.

“Maka jangan sebut ini agenda India. Tidak ada dalam agenda untuk masyarakat India, Melayu tetapi ia adalah agenda rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Lim Hui Ying.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), R Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh; Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran dan bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago.

Berdasarkan perangkaan kerajaan, Perdana Menteri berkata, kebanyakan kaum miskin di negara ini adalah orang Melayu.

Bagaimanapun, beliau berkata data menunjukkan kaum paling miskin adalah masyarakat India.

“Kalau masuk kategori miskin tegar yang sekarang ini dikira sebanyak 130,000 ketua keluarga. Kalau perlu tambahan RM100 juta atau RM200 juta saya akan pastikan tidak ada yang miskin tegar pada tahun ini. Mesti diselesaikan. Ini masalah paling besar kaum India.

“Saya orang Melayu, kalau saya berani menyahut itu saya kena berani laksanakan supaya kategori miskin tegar itu selesai, dinoktahkan sama ada dia India, Melayu, atau lain-lain.

“Saya tidak mahu saudara fikir dan berhujah pasal kaum sama ada dia di Kelantan, Terengganu dan Kedah bukan jadi Melayu. Tetapi saya sebut majoriti Melayu tetapi jumlah nisbah relatif kaum India itu tinggi (miskin tegar) di ladang.

“Mereka ini tinggal puluhan dan ratusan tahun sehingga bergenerasi serta mereka warganegara.

“Isu miskin tegar menjadi satu cabaran besar bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk Kementerian Ekonomi untuk caranya berkesan bagi selesaikan isu ini.

“Kemiskinan tegar maknanya makan belum sempurna, susu anak belum terjamin. Jadi itu bagi saya keutamaan yang patut diselesaikan tahun ini juga,” katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >