Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PM Anwar serahkan kepada Peguam Negara ambil tindakan ke atas Menteri Besar Kedah

Jun 06, 2023 | 05:15 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah menyerahkan sebarang tindakan lanjut berkaitan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa “Pulau Pinang milik Kedah” kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bercakap di Dewan Rakyat pada Rabu semasa Waktu Pertanyaan bersama Perdana Menteri, beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak bertanggungjawab” dan mengesahkan beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu, termasuk di bawah Akta Hasutan.

“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahkan Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan beberapa kenyataan.

“Pertama, menuntut Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang ke Kedah dan kedua menyatakan ada asas yang kukuh bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

“Sebagai seorang yang mempunyai kedudukan, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab,” kata Datuk Anwar semasa di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Encik Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah.

Datuk Anwar berkata, kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Malaysia termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Negeri-Negeri Persekutuan adalah Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu serta Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Katanya, Fasal (3) Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan Perlembagaan Negeri termasuk Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“Mengapa perkara ini dibangkitkan? Memang betul sebab Pilihan Raya Negeri (PRN), apakah kerana nak gelojoh kuasa pilihan raya, kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru-hara.

“Ini yang menyebabkan timbul permasalahan. Kita dah merdeka lebih 60 dekad, parti-parti memerintah tidak pernah dibangkitkan melainkan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip undang-undang Perlembagaan.

“Oleh yang demikian, saya serahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai,” katanya.

Beliau turut menegaskan tidak berhajat mengulas kenyataan lain yang dibuat oleh Datuk Sanusi.

“Bukan kebiasaan saya untuk terjun ke lembah yang begitu rendah dalam politik.

“Saya bersetuju dengan pandangan Bagan (Encik Lim) bahawa hal ini perlu dihentikan dan saya harap dengan kenyataan ini dan dengan siasatan polis yang sudah diserahkan kepada Peguam Negara, hal ini mesti dihentikan kerana ini melanggar prinsip Perlembagaan yang diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu,” katanya.

Pada majlis menandatangani perjanjian sempadan darat dan maritim antara Kedah-Perlis sebelum ini, Datuk Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah. – BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >