Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM baru NZ Chris Hipkins'tegas dan berkebolehan'

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand yang baru, Encik Chris Hipkins, tidak banyak menarik perhatian ramai seperti pendahulunya, Cik Jacinda Ardern.



Namun, beliau 'terkenal' di seluruh negaranya kerana gaya politiknya, cara berpakaian yang dianggap 'buruk' serta kegemarannya minum air 'diet Coke'.



Pada Rabu lalu, Encik Hipkins, 44 tahun, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri New Zealand menggantikan Cik Ardern, 42 tahun, rakannya lebih 20 tahun, yang meletak jawatan kerana, menurut beliau sendiri, amat penat.



Selepas mengangkat sumpah, Encik Hipkins berkata: "Ini adalah keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya. Saya bertenaga dan teruja dengan cabaran yang akan datang."



Encik Hipkins, yang bersikap berterus-terang, adalah arkitek respons negara itu terhadap Covid-19, dan dilihat secara meluas sebagai ahli politik berpengalaman lagi selamat.



"Mudah-mudahan warga New Zealand mengenali saya sebagai seorang yang berterus-terang, tidak kisah mengaku apabila melakukan kesilapan dan boleh mentertawakan diri sendiri," katanya kepada wartawan selepas disebut-sebut akan menggalas peranan kepimpinan negara itu baru-baru ini.



Encik Hipkins, yang berpengalaman lebih 14 tahun sebagai pembangkang dan juga kerajaan, sudah agak berubah sejak zaman awal beliau sebagai pelopor politik mahasiswa.



Beliau ditangkap pada hujung 1990-an semasa membantah cadangan pembaharuan kepada pendidikan universiti.



Seorang pengulas politik, Cik Josie Pagani, menyifatkan Encik Hipkins sebagai "wajar, disukai, tegas dan berkebolehan".



PERANAN BESAR



Encik Hipkins kini menghadapi tugas memulihkan populariti kerajaan Parti Buruh yang semakin merosot, yang dihambat oleh ekonomi yang lemah dan pengaruh pembangkang konservatif yang kian meningkat.



Beliau mendapat pujian berkaitan usahanya selama dua tahun sebagai menteri respons Covid-19 di negara yang menutup sempadannya untuk mengelak koronavirus itu, dan hanya dibuka semula sepenuhnya kepada dunia luar pada Ogos tahun lalu.



New Zealand menggunakan pendekatan sifar Covid-19 ketat yang mencatat jumlah kematian 2,437 akibat virus itu - rendah mengikut piawaian global.



Berasal daripada kelas pekerja di kawasan Hutt Valley di Pulau Utara New Zealand, Encik Hipkins pernah memegang portfolio berprofil tinggi, termasuk kementerian polis dan pendidikan.



"Saya fikir saya agak lurus, dan saya agak inklusif. Orang ramai tidak akan mati tertanya-tanya apa yang saya fikirkan," katanya.



"Ibu bapa saya berasal daripada latar belakang yang agak sederhana dan bekerja keras untuk menyediakan kehidupan yang baik buat saya dan abang saya."



Diet beliau menarik perhatian rakan sekerjanya, dengan seorang bekas ketuanya pernah menyatakan Encik Hipkins "nampaknya tidak makan apa-apa selain sosej dan diet Coke".



Menteri Kehakiman, Cik Kiri Allan, salah seorang ahli parlimen (AP) kanan Maori Parti Buruh, yang sebelumnya turut dianggap sebagai bakal perdana menteri, menyifatkan Encik Hipkins sebagai seorang yang tegas dan seorang pemimpin yang "sangat kuat".



"Beliau sangat cekap, dengan rekod prestasi di New Zealand sebagai salah seorang menteri paling kanan kami sejak enam tahun lalu," katanya.



CITA RASA FESYEN



Encik Hipkins memberitahu wartawan beliau suka berbasikal, berkebun, bertukang dan beriadah di luar rumah, tetapi mengakui: "Mungkin saya tidak mempunyai selera fesyen terbaik di parlimen."



Ditanya apakah mempunyai perdana menteri berambut merah akan menjadi detik bersejarah bagi negara itu, beliau berseloroh:



"Saya fikir sudah tiba masanya kita mempunyai warna halia di bahagian atas (kepala)."



Perdana Menteri New Zealand itu mempelajari politik dan kriminologi di Universiti Victoria di ibu kota Wellington dan kemudian bekerja dalam sektor latihan industri.



Sebelum menjadi AP pada 2008, beliau bekerja sebagai penasihat kanan kepada dua menteri pendidikan dan bekas perdana menteri Helen Clark.



SIKAP TEGAS



Walaupun dikenali sebagai seorang pemimpin sopan dan santai, Encik Hipkins juga mampu bermain politik tegas dan pernah terlibat dalam beberapa pertengkaran berprofil tinggi dengan bekas kerajaan konservatif Australia.



Pada 2021, beliau menuduh Australia "mengeksport sampahnya" ke New Zealand - merujuk kepada dasar kontroversi Canberra untuk menghantar pulang penjenayah ke negara kelahiran masing-masing.



Encik Hipkins ditegur oleh Cik Ardern pada 2017 selepas beliau dituduh mendalangi peletakan jawatan timbalan perdana menteri Australia ketika itu, Encik Barnaby Joyce.



Maklumat yang dikeluarkan kepada Encik Hipkins menunjukkan Encik Joyce adalah dua warga negara Australia dan New Zealand - yang menyebabkan beliau hilang kelayakan mempunyai tempat di Parlimen di bawah perlembagaan Australia. - AFP.




"Ini adalah keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya. Saya bertenaga dan teruja dengan cabaran yang akan datang."



- Perdana Menteri New Zealand yang baru, Encik Chris Hipkins.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >