Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM baru Thai janji adakan pilihan raya

Sep 6, 2025 | 7:38 PM
Thailand, perdana menteri, prime minister, Anutin Charnivirakul
Perdana Menteri baru Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, berkata, tidak akan ada pilih kasih di bawah pemerintahannya, - Foto EPA

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand baru, Encik Anutin Charnvirakul, akan menunaikan janji untuk menerajui kerajaan sementara yang berpecah dengan mengadakan Pilihan Raya kelak.

Hartawan binaan terbilang Thailand itu disahkan oleh Parlimen pada 5 September sebagai pemimpin baru, menamatkan kekosongan kuasa selama seminggu berikutan penyingkiran Perdana Menteri terdahulu, Cik Paetongtarn Shinawatra.

Beliau yang menewaskan calon Parti Pheu Thai, Encik Chaikasem Nitisiri, juga berikrar untuk mengembalikan keamanan di Thailand

Encik Anutin menyatukan gabungan blok pembangkang untuk menyekat Pheu Thai, parti politik berpengaruh yang pernah diterajui mantan Perdana Menteri, Encik Thaksin Shinawatra

Beliau mendapat sokongan padu daripada Parti Rakyat, yang mempunyai banyak kerusi, dengan syarat beliau membubarkan Parlimen dalam tempoh empat bulan untuk Pilihan Raya baru.

“Saya akan penuhi semua janji,” katanya pada 5 September di luar ibu pejabat partinya.

“Kita mesti mengembalikan semangat ‘Bumi Senyuman’ ke negara kita semasa saya memegang jawatan yang singkat,” katanya, sambil menambah bahawa beliau dikenali sebagai individu yang tidak sukakan konflik.

Encik Anutin juga menyentuh mengenai penerbangan Encik Thaksin yang tidak dijangka dari Thailand pada malam sebelum pengundian 5 September – dan beberapa hari sebelum kes mahkamah – menuju ke Dubai untuk menemui rakan-rakannya dan mendapatkan rawatan perubatan.

“Tidak akan ada pilih kasih, tiada penganiayaan dan tiada balas dendam,” katanya.

Mahkamah Agung akan membuat keputusan pada 9 September dalam kes berhubung Encik Thaksin menetap di hospital berikutan kepulangannya dari buangan pada Ogos 2023.

Beberapa penganalisis berkata keputusan mahkamah itu boleh menyebabkan beliau dipenjarakan.

Parti Bhumjaithai berhaluan kanan, Encik Anutin, menyertai pakatan dengan Pheu Thai pada 2023, tetapi menarik diri pada Jun kerana dakwaan salah laku Cik Paetongtarn dalam panggilan telefon yang bocor dengan bekas pemimpin Kemboja, Encik Hun Sen.

Encik Shinawatra telah menjadi tonggak politik Thailand sejak dua dekad lalu, bertelagah dengan golongan promonarki, protentera yang menganggap mereka sebagai ancaman kepada tradisi negara itu.

Tetapi mereka telah menghadapi beberapa siri kemelut, termasuk yang terbaru melibatkan penyingkiran Cik Paetongtarn pada akhir Ogos.

Encik Anutin sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan, tetapi paling terkenal kerana tokoh yang menunaikan janji untuk membenarkan penggunaan ganja pada 2022.

Peningkatan beliau ke jawatan Perdana Menteri masih perlu disahkan secara rasmi oleh Raja Thailand. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg