Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Canada, isteri berpisah selepas 18 tahun berkahwin

Aug 03, 2023 | 12:36 PM



OTTAWA: Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, dan isterinya, Cik Sophie Gregoire, berkata pada Rabu bahawa mereka akan berpisah. Pengumuman yang tidak dijangkakan itu sekali gus menandakan berakhirnya perkahwinan berprofil tinggi selama 18 tahun pasangan itu.


Pasangan itu telah bercakap terus terang pada masa lalu tentang kesukaran dalam hubungan mereka dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat kurang kerap bersama di khalayak ramai.

Encik Trudeau, 51 tahun, dan Cik Sophie, 48 tahun, telah berkahwin pada Mei 2005 dan mempunyai tiga orang anak berusia 15, 14 dan sembilan tahun.

Pada ulang tahun perkahwinan mereka pada 2020, Encik Trudeau menyifatkan isterinya itu sebagai “penyokong kuat saya, pasangan saya dan kawan baik saya”.

Bagi Encik Trudeau, terdapat juga persamaan sejarah yang menyakitkan. Bapanya, bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, berpisah dengan isterinya, Margaret, pada tahun 1977, ketika masih memegang jawatan.

Perkembangan itu merupakan salah satu krisis peribadi terbesar bagi Encik Trudeau sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2015, terutamanya kerana beliau sering menekankan kepentingan kehidupan berkeluarga.

Pasangan itu membuat pengumuman seminggu selepas Encik Trudeau melancarkan rombakan besar-besaran Kabinet, dalam usaha untuk meningkatkan nasib Parti Liberalnya, yang ketinggalan dalam tinjauan pungutan suara.

Beberapa penolong Encik Trudeau berkata beliau bertekad untuk memimpin Liberal dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada Oktober 2025.

“Sophie dan saya ingin berkongsi fakta bahawa selepas banyak perbualan yang bermakna dan sukar, kami telah membuat keputusan untuk berpisah,” kata Encik Trudeau di Instagram. Cik Sophie menyiarkan mesej yang hampir sama di akaun Instagramnya sendiri.

Perbadanan Penyiaran Canada (CBC) berkata Menteri Keselamatan Awam, Encik Dominic LeBlanc, salah seorang sekutu terdekat Encik Trudeau, akan memberi taklimat kepada anggota Kabinet pada Rabu.


CBC juga berkata Encik Trudeau mungkin akan bercakap secara terbuka mengenai perpisahannya minggu ini.


Pejabat Encik Trudeau berkata kedua-duanya telah menandatangani perjanjian undang-undang, menekankan bahawa pasangan itu akan memberi tumpuan kepada membesarkan anak-anak mereka. Mereka sekeluarga akan bercuti bersama pada minggu hadapan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >