Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Israel ucap terima kasih kepada Saudi benarkan pendaratan cemas di Jeddah

Aug 30, 2023 | 02:20 PM



TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada Selasa mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa di Arab Saudi – yang negaranya tidak mempunyai hubungan rasmi – atas “sikap mesra” mereka selepas sebuah pesawat yang menuju Israel membuat pendaratan kecemasan di Jeddah.


Penerbangan Air Seychelles yang sarat dengan penumpang Israel, sedang dalam perjalanan dari Seychelles ke Tel Aviv.


Ruang udara Saudi telah ditutup untuk penerbangan ke dan dari Israel sehingga Julai 2022 apabila ia dibuka serentak dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke rantau itu.

Penerbangan Air Seychelles melakukan pendaratan cemas pada Isnin, di bandar pantai Arab Saudi, Jeddah, kerana masalah teknikal.

Pada Selasa, Kementerian Luar Israel berkata, sebuah penerbangan sewa khas Israel telah membawa pulang orang Israel dari Jeddah.

“Saya sangat menghargai sikap mesra pihak berkuasa Saudi terhadap penumpang Israel, yang penerbangan mereka dalam kesusahan dan terpaksa melakukan pendaratan cemas di Jeddah,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan video ringkas.

Menurut media Israel, terdapat 128 penumpang Israel menaiki penerbangan Air Seychelles itu. Mereka disambut dan diberi penginapan semalaman di bandar Laut Merah.


Walaupun Arab Saudi bukan salah satu negara Teluk dan Arab yang memulihkan hubungan dengan Israel sebagai sebahagian daripada Perjanjian Abraham 2020 yang diurus Amerika, spekulasi telah meningkat mengenai perjanjian yang akan dicapai.

Riyadh dan Washington telah mengadakan perbincangan mengenai syarat-syarat yang ditentukan oleh Arab Saudi untuk memajukan usaha ke arah pemulihan hubungan, menurut pihak yang diberi taklimat mengenai mesyuarat itu.

Tetapi pengulas akhbar Israel membayangkan, usaha sedemikian telah terjejas ekoran pengumuman Israel tentang pertemuan antara menteri luarnya dan rakan sejawatannya dari Libya di Rome.

Pengumuman itu mencetuskan bantahan di Libya, yang tidak mengiktiraf Israel, dan membawa kepada pemecatan Menteri Luar Cik Najla al-Mangoush.

Tetapi Kementerian Luar Israel pada Isnin menafikan telah menjadi punca “kebocoran” mengenai pertemuan antara kedua-dua menteri itu, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Menurut penganalisis, Encik Barak Ravid, kejadian itu boleh menghalang usaha negara-negara Arab dalam sebarang langkah lanjut untuk memulihkan hubungan dengan Israel, tulisnya untuk laman web Israel, Walla.

Arab Saudi dan Israel setakat ini tidak mempunyai hubungan rasmi tetapi kedua-dua pihak dilaporkan sudah melakukan lawatan dan mengadakan perbincangan secara rahsia.

Media Israel melaporkan pendaratan kapal terbang itu menunjukkan peningkatan hubungan Israel di rantau Arab selepas ia berjaya menjalin hubungan dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >