Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee bentang 3 saranan pertingkat kerjasama ekonomi digital

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata terdapat banyak peluang bagi kerjasama antarabangsa dalam ekonomi digital meskipun pandemik Covid-19 telah mempercepatkan pendigitalan di banyak negara.



Membentangkan tiga saranan bagi membaiki peluang kerjasama itu, Encik Lee menyatakan terdapat keperluan bagi undang-undang, piawaian dan rangka kerja data dipertingkatkan antara sempadan bagi memudahkan langkah menjalankan perniagaan.



Dua saranan lain termasuk menggunakan inovasi digital dan membangunkan undang-undang antarabangsa yang konsisten bagi aset digital.



Encik Lee berkata demikian dalam sesi kerja bagi rombakan digital di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung di Bali semalam.



Dalam membaiki undang-undang dan piawaian antara sempadan, beliau mengongsi pengalaman Singapura yang telah memeterai Perjanjian Ekonomi Digital (DFA) dengan Australia, Korea Selatan dan Britain.



"Kami berharap meluaskan rangkaian ini.



"Kami juga bekerjasama dengan Indonesia, sedang pengerusi Asean mendatang, untuk memajukan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital Asean bagi mendalami penyepaduan dan keterhubungan digital di Asia Tenggara,'' jelas Encik Lee.



Mengenai saranan keduanya mengenai inovasi digital, beliau berkata ia dapat dilakukan bagi membaiki dagangan, meningkatkan penyertaan kewangan dan membaiki perkhidmatan.



"Dengan kepimpinan dan kerjasama bagi Hab Inovasi BIS, Asean-5 akan teruskan langkah menghubungkan sistem pembayaran nyata bagi mendorong pembayaran dan dagangan antara sempadan,'' ujarnya.



Hubungan pembayaran berbilang boleh dipertingkatkan ke negara dan rantau lain.



Beliau juga mengongsi bahawa Singapura akan memulakan ujian menggunakan dolar Singapura yang dapat membantu pemerintah mengedarkan dan memantau pemindahan fiskal.



Ketiga, beliau berkata perlunya membangunkan peraturan antarabangsa yang konsisten untuk aset digital.



"Aset digital mempunyai potensi ekonomi yang ketara



Ia meningkatkan kecekapan dan kecairan dengan membolehkan aset nilai tinggi untuk didagangkan, dijelaskan dan diselesaikan serta-merta dalam kalangan wakil secara langsung.



Teknologi sedemikian boleh mengubah perdagangan rentas sempadan serta kegiatan pasaran modal, tambahnya.



Bagaimanapun, apabila inovasi digital semakin berkembang dan menjadi lebih terhubung dengan pasaran kewangan, mereka berpotensi menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan, tambah Encik Lee.



"G20 harus bekerjasama dengan badan penetapan piawai yang berkaitan untuk membangunkan peraturan antarabangsa untuk menangani risiko ini, selaras dengan prinsip 'aktiviti yang sama, risiko yang sama, peraturan yang sama', tambahnya. - NORHAIZA HASHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >