Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee hadiri sidang puncak G20 di Bali

Nov 14, 2022 | 06:05 PM



 



Melaporkan dari Bali



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong akan berada di Bali untuk menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung  pada Selasa dan Rabu (15 dan 16 November).



Beliau menghadiri puncak itu atas undangan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang menjadi tuan rumah bagi puncak itu sejajar dengan kapasiti Indonesia sebagai Presiden G20 tahun ini.



G20 terdiri daripada 20 negara maju dan membangun termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Russia, Arab Saudi, Kesatuan Eropah, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Australia. Singapura bukan anggota G20 tetapi diundang ke sidang puncak itu.



Di sebalik sekitaran politik dan ekonomi sejagat yang mencabar, Indonesia selaku Presiden G20 akan mengetuai perbincangan untuk pulih lebih kukuh dalam pascapandemik di bawah tema ‘Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat’.



“Perdana Menteri Lee akan menyertai perbincangan mengenai keselamatan makanan dan tenaga, kesihatan, rombakan digital dalam Puncak G20.



Beliau juga akan menghadiri mesyuarat dua hala dengan para pemimpin di samping Sidang Puncak itu,’’ ujar kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin (14 Nov).



Encik Lee disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; serta pegawai kanan dari PMO, Kementerian Kewangan (MOF) dan Menteri Ehwal Luar (MFA).



Semasa ketiadaan Encik Lee, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan menjadi pemangku Perdana Menteri.



Puncak G20 diadakan sedang sekitaran menjadi lebih sukar selepas pascapandemik akibat berlakunya perang di Ukraine, yang meningkatkan inflasi dan gangguan bekalan di peringkat sejagat.



Di samping itu, ketegangan antara dua gergasi ekonomi – China dengan Amerika Syarikat – turut menjadi tumpuan dunia.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak akan hadir. Beliau diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov.



Russia menyeru G20 untuk berhenti bercakap tentang keselamatan dan memberi tumpuan kepada masalah sosio-ekonomi yang paling mendesak di dunia.



Russia dijangka menghadapi kritikan daripada para pemimpin G20 yang lain terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >