Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

PM M'sia: Terima keputusan pilihan raya

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak, terutama ahli kepada parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam dapat menerima apa juga keputusan pilihan rakyat selepas proses berkenaan tamat.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik dan kembali menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga besar, 'Keluarga Malaysia'.



"Saya harap setiap keputusan boleh diterima setiap ahli parti yang bertanding (PRN Johor) kerana itu adalah keputusan rakyat dan kita perlu menghormatinya.



"Di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, pertandingan merupakan perkara dibenarkan Perlembagaan, parti dan akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun membenarkan kita bertanding atas apa sahaja parti yang ada," katanya kepada Berita Harian Online semalam.



Beliau semalam menyifatkan peratusan yang keluar mengundi sebagai terlalu rendah dan menyaksikan situasi berbeza berbanding tempoh berkempen.



"Saya pergi ke beberapa tempat, nampak agak lengang, tidak seperti sebelum PRN yang 'tense' (tegang).



"Hari mengundi ini nampak 'slow' (perlahan). Saya difahamkan, setakat jam 4 petang tadi, hanya 50 peratus yang keluar mengundi.



"Peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah," katanya.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi dua PRN sebelum ini, iaitu Melaka dan Sabah, masing-masing ialah 65.85 peratus serta 60.67 peratus.



Katanya, hak mengundi selari prinsip demokrasi yang kekal subur di Malaysia harus digunakan dalam membentuk kerangka pentadbiran di peringkat negeri dan Persekutuan.



"Di sebuah negara demokrasi, pertandingan dibenarkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, hatta apa sekali pun parti yang bertanding.



"Saya harap, apa saja keputusan daripada PRN Johor ini berupaya diterima oleh semua pihak dan kita harus kembali sebagai sebuah 'Keluarga Malaysia' sebaik kata putus dicapai.



"Ini kerana keputusan yang dibuat adalah suara rakyat, justeru kita harus hormati mandat yang diberikan," katanya.



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata peratusan undi rendah pada PRN Johor mungkin kerana pengundi termasuk orang dewasa bimbang dengan penularan Covid-19.



"Saya dapati ramai pengundi golongan dewasa mungkin bimbang atas sebab Covid-19 menyebabkan mereka tidak begitu ghairah keluar undi. Situasi ini berlaku dalam semua kaum baik Melayu, Cina dan India.



"Selain itu warga tua juga dilihat tidak begitu ramai keluar mengundi kemungkinan ada masalah kesihatan dan turut bimbang dengan penularan Covid-19 ketika ini," katanya kepada Utusan Online semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >