PM Starmer bimbang ‘insiden keselamatan serius’ di masjid Manchester

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Starmer bimbang ‘insiden keselamatan serius’ di masjid Manchester

Feb 26, 2026 | 3:41 PM

PM Starmer bimbang ‘insiden keselamatan serius’ di masjid Manchester

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan seorang lelaki membawa kapak ketika berlangsung solat tarawih di dalam Masjid Manchester Central pda 24 Februari 2026
Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan seorang lelaki membawa kapak ketika berlangsung solat tarawih di dalam Masjid Manchester Central pda 24 Februari 2026 - Foto: AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan seorang lelaki membawa kapak ketika berlangsung solat tarawih di dalam Masjid Manchester Central di kawasan Taman Victoria, selatan Manchester.

“Saya bimbang apabila mendengar tentang insiden di Masjid Manchester Central malam tadi. Saya tahu ini akan membimbangkan masyarakat Islam, terutamanya semasa Ramadan, masa untuk keamanan dan refleksi,” kata Encik Starmer, pada 26 Februari.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan perkhidmatan kecemasan atas tindak pantas mereka,” sambungnya.

Dalam kejadian pada 24 Februari, seorang lelaki kulit putih bertopeng memasuki masjid sekitar 8.40 malam - ketika jemaah mengerjakan solat Terawih.

Dia dikatakan membawa bersamanya sebilah kapak.Suspek berusia 40-an tahun itu masuk ke masjid bersama seorang lelaki kulit hitam.

Suspek telah ditahan polis kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan didapati memiliki dadah. Dia masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala rakannya sempat melarikan diri dan kini diburu polis.

Encik Starmer menekankan bahawa kerajaannya telah memperuntukkan bajet untuk meningkatkan keselamatan bagi masyarakat Islam di United Kingdom yang sering menjadi sasaran Islamofobia.

“Kami telah menyediakan dana sehingga £40 juta untuk penambahbaikan keselamatan di masjid, sekolah Islam dan pusat komuniti, dan akan terus bertindak bagi memastikan orang ramai boleh hidup tanpa rasa takut,” kata Encik Starmer.

Masjid Manchester Central dalam kenyataannya menyatakan terdapat keperluan untuk meningkatkan penglibatan yang lebih besar daripada semua pihak bagi menyekat tindakan keganasan terhadap warga Islam yang kerap berlaku di United Kingdom.

“Komuniti Islam di United Kingdom telah mengalami peningkatan ketara dalam ancaman dan permusuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Peningkatan insiden Islamofobia merupakan masalah yang serius, dan sumber yang lebih besar diperlukan untuk menangani risiko yang semakin meningkat dan nyata ini,” tambah kenyataan itu.

Masjid Manchester Central juga menghargai jemaah kerana sempat bertindak pantas sebagai tindak balas terhadap serangan oleh kedua-dua lelaki itu supaya tiada korban jiwa berlaku.

“Tindakan pantas dan bertanggungjawab sukarelawan kami memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan. Tanpa campur tangan mereka, akibatnya mungkin jauh lebih serius,” kata kenyataan itu.

Masjid di Bandar Manchester City itu juga merayu kepada jemaahnya untuk meningkatkan kewaspadaan dan menasihati umat Islam di United Kingdom supaya bergerak secara berkumpulan, dan tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg