Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Thai janji beri 10,000 bahtkepada semua warga usia 16 ke atas

Sep 06, 2023 | 01:45 PM



BANGKOK: Rakyat Thailand boleh tersenyum lebar ekoran janji Perdana Menteri, Encik Srettha Thavisin untuk memberikan 10,000 baht ($384) dalam bentuk wang digital kepada setiap warga Thailand berumur 16 tahun ke atas menjelang Februari 2024.


Perdana Menteri Thailand yang baru itu menyatakan bahawa dasar kontroversi itu adalah salah satu janji Parti Pheu Thai kepada pengundi menjelang pilihan raya umum 14 Mei.

Namun, pemberian wang melibatkan lebih 560 bilion baht itu, mendapat kritikan hebat, dengan ramai pengkritik menyatakan potensi kerosakan yang boleh ditimbulkannya kepada disiplin monetari dan fiskal negara.

Di sebalik pelbagai kritikan itu, Encik Srettha berjanji pada Sabtu bahawa dasar itu akan dilaksanakan secara “berkuat kuasa sepenuhnya” kerana ia adalah “isu penting dan langkah utama” untuk membantu Pheu Thai untuk merangsang ekonomi Thailand.

“Individu yang berkaitan dengan dasar itu akan bertemu pada Isnin atau Selasa untuk membincangkan maklumat berkaitan dan menyediakan garis masa. Saya harap (dasar itu) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan,” kata beliau.

Pada Selasa, anggota kabinet baru Thailand, yang terdiri daripada 34 menteri, mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

Ia menyusul tiga hari selepas Raja Maha Vajiralongkorn memperkenan barisan menteri diketuai Encik Sretha pada 2 September.

Namun, tinjauan pendapat umum baru-baru ini menunjukkan bahawa populariti Pheu Thai telah merudum kerana ia membentuk gabungan dengan parti-parti daripada kerajaan terdahulu.

Encik Srettha berkata partinya akan membuktikan dirinya melalui prestasinya.

“Kami bekerja tanpa henti, tetapi saya harus mengakui kami tidak boleh mengawal jangkaan orang,” katanya.

“Saya percaya kesemua 11 parti gabungan sedar akan tuntutan rakyat dan memahami masalah seharian mereka. Kami tahu bahawa negara perlu bergerak ke hadapan dengan meninggalkan konflik,” kata Encik Srettha, merujuk kepada jurang politik yang berpanjangan yang dicetuskan pada awal 2000-an.

Timbalan Setiausaha Agung Pheu Thai, Encik Paopoom Rojanasakul, berkata pada Jumaat bahawa dasar pemberian 10,000 baht boleh dilaksanakan dalam separuh pertama 2024.

“Sebelum Songkran pada April 2024, lebih 50 juta rakyat Thailand berumur 16 tahun ke atas akan dapat membelanjakan 10,000 baht melalui sistem (dompet digital). Lebih 560 bilion baht akan diagihkan ke semua kawasan di seluruh Thailand,” katanya.

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam.

Encik Paopoom, yang dijangka menjadi Timbalan Menteri Kewangan dalam Kabinet Encik Srettha, berkata anggaran 560 bilion baht yang diperlukan untuk projek itu tidak akan menjejaskan disiplin monetari dan fiskal kerajaan dan wang itu tidak akan datang daripada pinjaman negara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >