Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Thai: Kerajaan sasar serahkan kuasa pertengahan 2017

Dec 24, 2015 | 09:41 AM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha, telah mengesahkan kerajaan tentera negara itu sedang berusaha ke arah penyerahan kuasa pada pertengahan 2017, tetapi menegaskan reformasi mesti datang sebelum demokrasi sebenar.


Bercakap semasa pembentangan kajian semula prestasi satu tahun kabinet beliau pada Rabu (23 Dis), ketua rampasan kuasa itu berkata: "Jika anda mahu pembaharuan, anda perlu melepaskan demokrasi."


Akhbar The Straits Times melaporkan beliau berkata menyelesaikan pembaharuan dalam masa satu tahun "tidak mudah".


"Apa yang saya beri anda sejak setahun lalu dan setahun setengah (akan datang) merupakan fasa pertama reformasi."


Bagaimanapun, jika orang tidak faham demokrasi dengan teliti, kata b eliau, "negara akan kembali dipengaruhi beberapa pihak - di bawah satu kumpulan kecil orang dan untuk kumpulan kecil orang".


Jeneral Prayut dan pentadbiran beliau yang dikuasai tentera mengambil alih kuasa selepas menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pimpinan Cik Yingluck Shinawatra pada Mei tahun lalu.


Tindakan itu mengakhiri bantahan antikerajaan yang berlaku berbulan-bulan, tetapi sejak itu beliau sering menunda tarikh pilihan raya yang diunjur.


Pada September, satu majlis pembaharuan yang dilantik menolak draf perlembagaan baru yang dikritik kerana mengurangkan peranan ahli politik terlantik. Ini membuat proses penggubalan draf perlembagaan dimulakan semula dan menangguhkan pilihan raya paling cepat ke pertengahan 2017.


Dalam pada itu, junta menyekat kebebasan politik dan sivil, serta meningkatkan pengawasan dan hukuman perbuatan mencemar atau menghina raja.


Para jeneral yang memerintah Thailand berhujah mereka tidak boleh membiarkan kerajaan itu mengalami kebuntuan politik yang berlaku sebelum rampasan kuasa. Pengkritik pula menuduh mereka cuba merencana satu cara bagi mereka kekal berkuasa walaupun selepas pilihan raya diadakan.


Pada majlis pembentangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Dr Somkid Jatusripitak, menunjukkan satu gambaran yakin dengan mengatakan kebanyakan negara masih bersemangat untuk mengadakan hubungan ekonomi dengan Thailand walaupun kritikal mengenai keadaan politiknya.


"Siapa boleh menafikan bahawa Thailand ialah pusat Asean?" tanyanya.


"Walaupun mereka kata kita tidak demokratik, hakikatnya ialah mereka masih mahu berdagang dengan kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >