Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Thailand umum bersara daripada politik

Jul 11, 2023 | 07:29 PM



BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, telah mengumumkan pada Selasa bahawa beliau akan bersara daripada politik, sembilan tahun selepas beliau menggulingkan kerajaan menerusi rampasan kuasa tentera.


Beliau juga telah berjanji untuk kekal sebagai perdana menteri sementara hingga kerajaan baru ditubuhkan.

Pengumuman beliau secara umumnya dijangkakan selepas partinya yang disokong tentera, United Thai Nation, ditewaskan dalam pilihan raya pada 14 Mei, dengan memenangi hanya 36 daripada 500 kerusi dewan.

Mantan ketua tentera itu, yang juga penyokong tegar institusi diraja, mengetuai junta tentera hingga pilihan raya pada 2019 sebelum dipilih oleh Parlimen untuk kekal sebagai perdana menteri selama empat tahun lagi, keputusan yang ditegaskan lawannya sebagai telah ditentukan terlebih dahulu.

Encik Prayut, 69 tahun, telah menafikannya dan pada hari Selasa berkata dia telah “mencapai banyak kejayaan”.

“Saya sebagai perdana menteri telah bekerja keras untuk melindungi negara, agama dan Raja demi kepentingan rakyat tercinta.

“Hasilnya kini membuahkan hasil kepada orang ramai.

“Saya telah cuba mengukuhkan negara dalam semua bidang bagi kestabilan dan keamanan serta mengatasi banyak rintangan di dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tempoh sembilan tahun sejak rampasan kuasanya, Encik Prayut terselamat daripada pelbagai cabaran iaittu melalui kes mahkamah, undi keyakinan di dewan dan protes jalanan oleh pihak pembangkang yang melihatnya sebagai oportunis dan tidak mempunyai mandat awam.

Pengumuman beliau dibuat ketika parlimen baru sedang bersiap sedia untuk bersidang pada Khamis untuk mengadakan undian untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri baru. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >