Perdana Menteri Encik Lawrence Wong mengucapkan tahniah kepada Canselor Jerman, Encik Friedrich Merz, yang baru dilantik pada 6 Mei.
Beliau juga berterima kasih kepada Encik Olaf Scholz kerana mengukuhkan hubungan dengan Singapura, dalam surat yang ditulis kepada kededua pemimpin Jerman itu pada 6 Mei.
Encik Merz dilantik Canselor setelah menang undi di Parlimen Persekutuan Jerman pada 6 Mei.
Singapura dan Jerman mempunyai hubungan persahabatan yang mendalam. Kededua negara meningkatkan hubungan dengan perkongsian strategik pada November.
Menulis demikian dalam suratnya, PM Wong menyatakan 2025 merupakan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Singapura-Jerman.
Perkongsian strategik akan mengukuhkan kerjasama ekonomi dan keselamatan sedia ada, sambil menawarkan peluang kepada Singapura dan Jerman kerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan, pendigitalan, dan tenaga bersih, kata PM Wong.
Beliau turut menekankan komitmen kedua-dua negara untuk memastikan perdagangan dan undang-undang antarabangsa sentiasa terbuka, mengikut aturan global berasaskan peraturan.
PM Wong juga berkata terdapat lebih 2,300 syarikat Jerman di Singapura. Perniagaan Jerman menggunakan Singapura sebagai pintu masuk ke rantau Asia Tenggara dan Asia-Pasifik.
Ia merangkumi persetujuan perdagangan bebas yang telah ditandatangani – sesuatu prospek yang beliau mengalu-alukan.
PM Wong juga mengucapkan terima kasih kepada canselor Encik Scholz yang telah melepaskan jawatan, terhadap usaha beliau memperkukuh hubungan Singapura-Jerman.
Menurutnya, hubungan dua hala berkembang semasa kepimpinan Encik Scholz, dengan pembangunan perkongsian strategik 2024 dihasilkan.
PM Wong berkata, hubungan daya tahan antara kedua-dua negara juga dikuatkan di bawah pentadbiran Encik Scholz, yang juga menyokong Angkatan Laut Singapura semasa pelancaran dua kapal selam Kelas Invincible, yang ditempah dari Jerman pada Disember 2022, di samping mantan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg