Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis adakan latihan di pusat bandar pada 26 Nov

Nov 24, 2025 | 4:00 PM
latihan polis, downtown, caas
Polis akan menjalankan latihan di pusat bandar pada 26 November, dengan kepungan dan papan tanda “latihan sedang dijalankan” dipasang di sekitar kawasan. - Foto ST

Polis akan menjalani latihan di kawasan pusat bandar pada 26 November.

Dalam hantaran Facebook pada 24 November, polis berkata para pegawainya akan lebih jelas kelihatan di sekitar lokasi latihan.

Peluru kosong akan digunakan semasa latihan, kata polis, sambil menambah orang ramai tidak perlu cemas.

Menurut The Straits Times, kepungan akan dipasang dan papan tanda “latihan sedang dijalankan” akan diletakkan di sekitar kawasan latihan.

Kawasan Sekatan Sementara (TRA) akan ditubuhkan di kawasan itu dari 7 malam hingga 10 malam pada 26 November oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Dalam tempoh tersebut, semua kegiatan udara, termasuk menerbangkan layang-layang, belon dan pesawat tanpa pemandu seperti dron, di dalam dan ke dalam TRA adalah dilarang, melainkan kebenaran diperoleh daripada CAAS.

Kegiatan udara dan pesawat tanpa pemandu tanpa kebenaran di dalam TRA adalah satu kesalahan.

Sesiapa yang didapati menjalankan kegiatan udara di dalam kawasan larangan tanpa permit yang diperlukan boleh dikenakan denda sehingga $20,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga $40,000 atau penjara sehingga 15 bulan, atau kedua-duanya, untuk kesalahan berikutnya.

Butiran TRA akan dipaparkan di OneMap, mulai 7 pagi pada 26 November.

Orang ramai boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg