Polis Australia siasat surat ugut masjid terbesar jelang Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Australia siasat surat ugut masjid terbesar jelang Ramadan

Surat dihantar ke Masjid Lakemba kandungi lukisan khinzir, ugutan bunuh orang Islam
Feb 20, 2026 | 12:16 PM

Polis Australia siasat surat ugut masjid terbesar jelang Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Australia, Masjid Lakemba, Islamofobia Australia, ugutan masjid Sydney, Anthony Albanese, Masjid Lakemba Ramadan, keselamatan masjid Australia, Bilal El-Hayek
Surat yang dihantar ke Masjid Lakemba di barat Sydney pada 18 Februari mengandungi lukisan seekor khinzir dan ancaman untuk membunuh “orang Islam”. - Foto REUTERS

SYDNEY: Polis Australia berkata pada 19 Februari bahawa mereka telah melancarkan siasatan selepas surat ugutan dihantar ke masjid terbesar negara itu, kejadian ketiga seumpamanya menjelang Ramadan.

Surat yang dihantar ke Masjid Lakemba di barat Sydney pada 18 Februari mengandungi lukisan khinzir dan ugutan untuk membunuh “orang Islam”, lapor media tempatan.

Polis berkata mereka telah mengambil surat itu untuk ujian forensik dan akan terus meningkatkan rondaan di tempat-tempat keagamaan, termasuk masjid, serta acara kemasyarakatan.

Surat terbaru itu dihantar beberapa minggu selepas mesej serupa dihantar ke masjid, yang menggambarkan orang Islam di dalam masjid yang sedang terbakar.

Polis telah menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 70 tahun berhubung surat ugutan ketiga yang dihantar kepada kakitangan Masjid Lakemba pada Januari.

Persatuan Muslim Lebanon, yang mengendalikan masjid itu, memberitahu Australian Broadcasting Corp (ABC) bahawa ia telah menulis surat kepada pemerintah untuk meminta lebih banyak dana bagi pengawal keselamatan tambahan dan kamera litar tertutup (CCTV).

Kira-kira 5,000 orang dijangka datang ke masjid setiap malam sepanjang Ramadan.

Mayor Bilal El-Hayek dari majlis Canterbury-Bankstown, tempat Lakemba terletak, berkata masyarakat berasa “sangat cemas”.

“Saya pernah mendengar orang ramai yang menyatakan a mereka tidak akan menghantar anak-anak mereka semasa Ramadan ini kerana sangat bimbang tentang perkara yang mungkin berlaku di masjid-masjid tempatan,” tambahnya.

Perdana Menteri Encik Anthony Albanese yang mengutuk rentetan ancaman baru-baru ini, berkata: “Adalah keterlaluan bahawa orang ramai yang hanya memperingati agama mereka, terutamanya semasa bulan suci Ramadan, terdedah kepada intimidasi seperti ini,” katanya kepada radio ABC.

“Saya telah berulang kali menyatakan bahawa kita perlu menurunkan suhu wacana politik di negara ini, dan kita pasti akan melakukannya,” tambahnya.

Sentimen anti-Muslim telah meningkat di Australia sejak perang di Gaza pada akhir 2023, menurut laporan pemerintah baru-baru ini.

Daftar Islamophobia Australia juga telah mendokumentasikan peningkatan 740 peratus dalam laporan susulan kejadian tembakan beramai-ramai yang diinspirasikan oleh ISIS oleh dua lelaki bersenjata di pantai Bondi pada 14 Disember 2025.

Seramai 15 orang terbunuh dalam kejadian ketika berlangsungnya sambutan percutian Yahudi.

Mayor El-Hayek berkata: “Terdapat peningkatan besar selepas kejadian di Bondi. Tidak syak lagi, ini adalah yang terburuk yang pernah saya lihat. Terdapat banyak ketegangan di luar sana.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg