Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis gagalkan serangan pengebom berani mati di ibu kota Turkey

Oct 02, 2023 | 03:07 PM



ANKARA: Seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupan di tengah-tengah ibu kota Turkey, Ankara, manakala penyerang kedua terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, kata menteri dalam negeri.


Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum Parlimen dibuka semula selepas rehat musim panas selama tiga bulan dengan ucapan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Dua pegawai polis cedera ringan semasa serangan berhampiran pintu masuk ke Kementerian Dalam Negeri, kata menteri Encik Ali Yerlikaya di X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Serangan itu dilakukan oleh penyerang yang tiba di tempat kejadian dengan menaiki kenderaan komersial ringan, katanya.

“Pegawai polis kami, melalui gerak hati mereka, menentang pengganas sebaik sahaja mereka keluar dari kenderaan

“Seorang daripada mereka meletupkan diri manakala seorang lagi ditembak di kepala sebelum dia sempat meletupkan diri.

“Perjuangan kita menentang keganasan, penyokong mereka, pengedar dadah, kumpulan samseng dan organisasi jenayah terancang akan diteruskan dengan penuh keazaman,” kata Encik Yerlikaya..

Beliau tidak menyatakan siapa di sebalik serangan itu dan tidak ada yang mengaku bertanggungjawab melakukannya. Kumpulan militan Kurdish dan sayap kiri serta kumpulan IS telah melakukan serangan maut di seluruh negara pada masa lalu.

Dalam ucapannya di Parlimen, Encik Erdogan berkata: “Penjahat yang menyasarkan keamanan dan keselamatan rakyat tidak akan dapat mencapai matlamat mereka dan mereka tidak akan pernah mencapainya.”

Presiden Erdogan mengulangi matlamat pemerintahnya untuk mewujudkan zon selamat sepanjang 30 kilometer di sepanjang sempadannya dengan Syria bagi melindungi sempadan selatannya daripada serangan.

Turkey telah melancarkan beberapa pencerobohan ke utara Syria sejak 2016 untuk mengusir kumpulan IS dan kumpulan militia Kurdish, yang dikenali dengan huruf awal YPG, dari sempadan, dan mengawal wilayah di kawasan itu.

Tahun lalu, letupan bom di tempat pejalan kaki yang sibuk di Istanbul menyebabkan enam orang terbunuh, termasuk dua kanak-kanak. Lebih 80 yang lain cedera. Turkey menyalahkan YPG sebagai melakukan serangan tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >