JAKARTA: Polis Indonesia menamakan 13 suspek dalam kes pengurusan haji tidak sah yang dipercayai menipu ratusan bakal jemaah dengan kerugian dianggarkan mencecah 10 bilion rupiah ($721,000).

Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Johnny Eddizon Isir pada 19 Mei berkata siasatan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima puluhan aduan berkaitan pakej haji tidak mengikut prosedur rasmi.