Topic followed successfully
Go to BHkuPolis Indonesia tahan 14 individu selepas rusuhan bola sepak di Papua
Polis Indonesia tahan 14 individu selepas rusuhan bola sepak di Papua
May 11, 2026 | 2:49 PM
Polis Indonesia tahan 14 individu selepas rusuhan bola sepak di Papua
Penyokong turun ke padang ketika tercetus kekecohan selepas perlawanan ‘play-off’ atau penentuan kenaikan Liga 2 antara Persipura Jayapura dan Adhyaksa FC Banten di Stadium Lukas Enembe, Jayapura, Papua, pada 8 Mei 2026. - Foto Gusti Tanati
JAYAPURA: Polis di wilayah Papua, Indonesia menahan 14 individu selepas tercetus rusuhan di Stadium Lukas Enembe di Kabupaten Jayapura susulan kekalahan kelab Persipura Jayapura dalam perlawanan penentuan kenaikan Liga 2 Indonesia.
Insiden itu berlaku pada malam 8 Mei selepas Persipura tewas 0-1 kepada Adhyaksa FC Banten, sekali gus gagal meraih promosi ke Liga 1, liga bola sepak tertinggi Indonesia.
Laporan berkaitan
Lebih 130 terkorban dalam rempuhan penonton bola sepak IndonesiaMay 17, 2023 | 2:38 PM
Insiden rempuhan di stadium Malang: 6 hadapi tuduhan jenayahOct 8, 2022 | 9:00 AM

