Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Operasi ‘saman ekor’ kesan pemandu lebihi had laju dikuat kuasa di M’sia

Aug 23, 2023 | 05:17 PM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang melaksanakan operasi saman tembak laju atau ‘saman ekor’ di seluruh negara, bermula Isnin.


Operasi dilaksanakan itu bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju.

Susulan itu, pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan itu di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, berkata pada hari pertama pelaksanaannya, sebanyak 8,718 kenderaan dikenakan saman K170A iaitu 8,352 kereta, motosikal (44) dan 322 saman kenderaan perdagangan/perkhidmatan.

Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua daerah.

“Tindakan ini bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

Anggota JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.

“Saman kompaun bernilai RM300 ($87) akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu,” katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Datuk Mohd Nasri berkata, memandu melebihi kelajuan adalah antara punca utama nahas jalan raya di negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang lain,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >