Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Polis perlu ambil laporan tanpa peduli soal pakaian

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis perlu mengambil laporan daripada orang awam tanpa mengira pemakaian mereka.



Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota polis yang tidak bersedia dalam tugas mereka dan seterusnya menolak laporan yang dibuat.



"Kita tidak akan kompromi dalam soal ketidaksiapsiagaan anggota polis yang menolak daripada mengambil aduan," katanya selepas majlis libat urus bersama pengamal media di Putrajaya.



Pada masa yang, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sedar tentang etika kesopanan pemakaian yang diamalkan di balai polis. - FMT.




Laksanakan penggal tetap Parlimen, jamin keutuhan kerajaan dibentuk



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa mewujudkan segera dasar penggal tetap Parlimen yang menentukan tarikh pilihan raya umum (PRU) secara automatik selepas genap mandat lima tahun bagi sesebuah kerajaan.



Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu bertujuan memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya, dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun tanpa sebarang gangguan.



Beliau menegaskan, dasar penggal tetap Parlimen penting bagi memastikan perjalanan politik negara berjalan atas paksi persaingan idea dan dasar, berbanding politik kebencian dan perkauman semata-mata mahu merebut kuasa pentadbiran. - BHM.




Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong



SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada Khamis mengumumkan kerusi bagi kawasan Batang Kali kosong.



Pengumuman itu dibuat Encik Ng Suee Lim di Shah Alam.



Kata Encik Ng, keputusan itu dibuat selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Encik Harumaini Omar (Pejuang), gagal menghadirkan diri dalam persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang notis.



Menurut Encik Ng, berdasarkan data pada penyata rasmi dan buku kedatangan Adun Selangor, Encik Harumaini tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada keseluruhan persidangan DUN dari 23 hingga 30 November 2022; 1 hingga 2 Disember 2022; dan 5 hingga 6 Disember 2022. - Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >