Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prabowo ikrar kerjasama dengan Jepun selepas kesepakatan dengan China

Apr 3, 2024 | 1:34 PM
Encik Prabowo Subianto (kiri) yang baru memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia semasa menemui Menteri Pertahanan Jepun, Encik Minoru Kihara, di Kementerian Pertahanan di Tokyo, pada 3 April.
Encik Prabowo Subianto (kiri) yang baru memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia semasa menemui Menteri Pertahanan Jepun, Encik Minoru Kihara, di Kementerian Pertahanan di Tokyo, pada 3 April. - Foto EPA-EFE

TOKYO: Encik Prabowo Subianto yang baru memenangi Pilihan Raya Indonesia, memberitahu Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, tentang rancangan menjalin kerjasama keselamatan dan ekonomi yang lebih mendalam dengan Jepun.

Beliau berkata demikian pada 3 April, dua hari selepas memberitahu Presiden China, Encik Xi Jinping, bahawa beliau berharap untuk menjalin hubungan rapat, semasa melawat Beijing minggu ini.

“Kami telah membina hubungan kerjasama dan seterusnya saya ingin mengukuhkannya,” kata Encik Prabowo kepada Perdana Menteri Jepun itu, dalam pertemuan mereka di Tokyo.

Encik Prabowo, yang sebelum ini berkata negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu komited kepada dasar tidak bersekutu, melawat Jepun selepas melakukan kunjungan ke China pada 1 April.

Ini adalah lawatan pertamanya ke luar negara, sejak memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia pada Februari.

Kedua-dua Tokyo dan Beijing sedang mendekati negara-negara Asia Tenggara yang terletak di sekitar Laut China Selatan yang dipertikaikan, kebanyakannya China mendakwa miliknya, untuk mendapatkan pengaruh di rantau strategik itu.

Menteri Pertahanan Indonesia itu, yang juga bekas komander pasukan khas, dijadual akan mengangkat sumpah mengambil alih jawatan presiden daripada Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, pada Oktober.

Encik Prabowo juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Jepun, Encik Minoru Kihara di Tokyo. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg