Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prabowo rasmi diisytihar Presiden 24 April

Apr 23, 2024 | 12:28 PM
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), Encik Hasyim Asyari menghadiri pendengaran keputusan pertikaian pemilihan presiden, di Mahkamah Perlembagaan di Jakarta, Isnin, 22 April 2024.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), Encik Hasyim Asyari menghadiri pendengaran keputusan pertikaian pemilihan presiden, di Mahkamah Perlembagaan di Jakarta, Isnin, 22 April 2024. - Foto Facebook KPU

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) bersedia untuk secara rasmi mengisytiharkan Encik Prabowo Subianto sebagai presiden yang dipilih, dalam satu majlis pada hari Rabu 24 April, seperti yang dijadualkan.

Pengumuman Pengerusi KPU, Encik Hasyim Asy’ari itu dibuat beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan menolak usul undang-undang oleh calon yang kalah, Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo, yang mencabar kemenangan Encik Prabowo.

“Berdasarkan keputusan mahkamah hari ini (22 April), kita beralih ke fasa pemilihan seterusnya, iaitu mengisytiharkan presiden dan naib presiden yang dilantik, pada Rabu pukul 10 pagi di ibu pejabat KPU,” kata Encik Hasyim, dipetik Jakarta Globe.

Encik Prabowo dan calonnya Encik Gibran Rakabuming Raka telah memenangi pilihan raya dengan 58 peratus undi, menurut pengiraan kebangsaan yang diumumkan pada 20 Mac.

Namun, perayaan kemenangan itu ditangguhkan, berikutan cabaran undang-undang daripada calon saingan, Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo, yang menuntut supaya keputusan itu dibatalkan.

Mereka mendakwa berlaku penipuan pengundian secara meluas, adanya pilih kasih, dan sokongan pemerintah yang dikatakan memihak kepada Encik Prabowo dan pasangannya, Encik Gibran, yang merupakan anak sulung presiden.

Dalam undian 5-3 pada 22 April, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa kedua-dua, Encik Anies dan Encik Ganjar gagal mengemukakan bukti yang kukuh, dan saksi yang boleh dipercayai, untuk menyokong dakwaan mereka, sekali gus menolak usul mereka secara keseluruhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg