Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Amerika Joe Biden bertemu Presiden China Xi Jinping di Bali

Nov 14, 2022 | 06:45 PM



Melaporkan dari Bali



PRESIDEN Amerika Syarikat, Encik Joe Biden telah mengadakan pertemuan bersejarah dengan Presiden China, Encik Xi Jinping di Nusa Dua, Bali pada Isnin (14 Nov), dengan kedua-dua pemimpin berikrar untuk memperbaiki hubungan.



Pertemuan itu, yang memang dinantikan di dunia, adalah yang pertama sejak Encik Biden menjadi Presiden.



Kedua-dua pemimpin berada di Bali bagi menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung pada Selasa dan Rabu.



Dalam pertemuan itu, Encik Biden berkata dunia menjangkakan China dan Amerika Syarikat untuk menguruskan hubungan itu dengan baik.



“Sebagai pemimpin dua negara, kami mengongsi tanggungjawab dan dalam pandangan kami untuk menunjukkan bahawa China dan Amerika dapat menguruskan perbezaan kami, menghalang persaingan dari menjadi konflik dan mencari jalan untuk bekerja sama dalam isu sejagat yang mendesak yang memerlukan kerjasama bersama,’’ kata Presiden Biden, dalam ucapan pembukaannya.



Beliau juga menyatakan beliau akan memastikan komunikasi kekal terbuka antara dua negara itu sedang mereka mengukuhkan kuasa ekonomi di dunia.



Dalam pada itu, Encik Xi juga menyatakan Amerika dan China perlu mencari hala tuju yang betul dalam hubungan mereka dan memperbaikinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >