Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden baru Taiwan gesa China henti ugutan

May 21, 2024 | 4:15 PM
Presiden Taiwan, Encik Lai Ching-te (kiri), dan Naib Presiden, Cik Hsiao Bi-khim, melambai kepada orang ramai semasa Perasmian Presiden di Taipei pada 20 Mei.
Presiden Taiwan, Encik Lai Ching-te (kiri), dan Naib Presiden, Cik Hsiao Bi-khim, melambai kepada orang ramai semasa Perasmian Presiden di Taipei pada 20 Mei. - Foto EPA-EFE

TAIPEI: Presiden Taiwan, Encik Lai Ching-te, menggesa China menghentikan ugutan ketenteraan dan politiknya terhadap pulau dengan pemerintahan sendiri itu, dengan perasmiannya membawa kepada penggal ketiga di bawah Parti Progresif Demokratik (DPP) yang prokemerdekaan.

“Saya harap China akan menghadapi realiti kewujudan Republik China,” kata pemimpin berusia 64 tahun itu, menggunakan nama rasmi Taiwan dalam ucapan perasmian pada 20 Mei.

Komennya itu mendapat sorakan daripada 20,000 orang yang hadir di jalan raya di hadapan Pejabat Presiden.

Lebih 500 tetamu daripada 51 delegasi asing hadir di upacara perasmian itu.

Beliau berkata Beijing perlu menghormati pilihan rakyat Taiwan, dan menambah bahawa beliau berharap China akan “memilih dialog berbanding konfrontasi, perbincangan berbanding pembendungan, dan di bawah prinsip kesamaan dan maruah” dengan pemerintah yang sah yang dipilih oleh rakyat Taiwan.

Ini boleh dimulakan dengan penyambungan semula pelancongan rentas selat “secara timbal balik”, serta pendaftaran pelajar peringkat ijazah China di universiti Taiwan, kata Encik Lai, bekas doktor yang menjadi naib presiden dari 2020 hingga perasmiannya sebagai presiden.

Sejak pendahulunya, Cik Tsai Ing-wen, memegang jawatan pada 2016, Beijing – yang menuntut kedaulatan ke atas Taiwan – telah memutuskan semua komunikasi rasmi dengan Taipei, memetik keengganan Cik Tsai menyokong usul ‘satu negara China’.

China menghentikan perjalanan individu ke Taiwan pada 2019, memetik keadaan hubungan rentas selat yang lemah, sebelum menggantung perjalanan berkumpulan ke pulau itu pada 2020.

Pada tahun yang sama, Beijing juga melarang pelajarnya daripada mendaftar dalam program ijazah baru di universiti Taiwan dengan alasan kebimbangan terhadap wabak Covid-19 dan hubungan rentas selat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg