Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Biden dapatkan dos penggalak Covid-19

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden menyingsing lengan bajunya dan menerima vaksin terbaru Covid-19 kelmarin, menggunakan kesempatan itu untuk menggesa lebih ramai rakyat Amerika mendapatkan suntikan penggalak sebelum musim cuti yang akan datang.



"Saya menyeru semua rakyat Amerika, terutamanya warga emas, supaya mendapatkan suntikan mereka secepat mungkin," kata Encik Biden sejurus sebelum doktor memberinya suntikan baru.



Memandangkan Sebahagian rakyat Amerika enggan menerima vaksin, Encik Biden menggesa mereka supaya mengetepikan politik partisan, sambil menyatakan bahawa lebih daripada satu juta orang di Amerika Syarikat telah meninggal dunia akibat Covid-19.



"Banyak yang boleh kita lakukan sekarang untuk mengurangkan jumlah kematian akibat penyakit ini.



"Kita mempunyai alat, kita mempunyai vaksin, kita mempunyai rawatan. Semua ini tidak berkaitan dengan politik. Ia mengenai kesihatan anda dan kesihatan orang tersayang," katanya.



Hanya 20 juta orang di Amerika Syarikat telah menerima penggalak Covid-19 yang dikemas kini, dan hanya satu daripada lima warga emas, kata Rumah Putih minggu lalu.



Suntikan "bivalen" baru menyasarkan subvarian Omicron virus yang sedang menular serta versi asal. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >